If you think well, you cook well...

Udang Masak Thai



Bahan-bahan 
1kg udang/sotong
2 biji limau nipis diambil jusnya
1/2 cawan santan
1 biji bawang besar dipotong bulat
2 batang serai diketuk
Cili padi hijau
Daun limau purut
Garam dan gula secukup rasa

Bahan-bahan kisar
6 ulas bawling kecil
4 ulas bawling putih
1 inci halia
2 sudu makan cili giling
6 biji cili padi
3 batang serai
Sedikit kunyit hidup/serbuk kunyit


Cara memasak
Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan kisar sehingga pecah minyak. Masukkan daun limau purut dan serai yang diketuk, Masukkan udang/sotong. Kacau rata-rata dan biar sehingga sedikit kering. Masukkan santan. Masak sampai mendidih dan kuahnya menjadi pekat. Masukkan jus limau nipis, bawang yang dipotong bulat, cili padi hijau, garam dan gula. Biarkan bawang menjadi layu dan tutup api.




No comments:

Adbox

@templatesyard