If you think well, you cook well...

Karipap Rangup



ADUNAN MINYAK
2 1/2  cawan   tepung gandum
1/4     cawan   minyak panas
Secubit garam
Air
~ satukan semua bahan kecuali air. Gaul sebati dan masukkan air sikit2 hingga jadi
    doh (jangan lembik sangat atau jangan keras sangat)
~ bahagikan kepada 6 biji bebola yang sama besar.

ADUNAN MAJERIN
1 1/2   cwn   tepung gandum
1/4      cwn   majerin
~ sebatikan semua bahan hingga jadi doh.
~ bahagi 6 biji bebola yg sama besar

CARANYA
~ leperkan adunan minyak sebesar tapak tangan dan masukkan adunan majerin di 
   dalamnya, tutup dan bulatkan. Ulang hingga selesai kesemua bebola tersebut
~ rehatkan 5 minit
~ ambil 1 bebola dan lenyekkan leper setebal 1/2 cm
~ sapukan sedikit air di atasnya untuk lekatkan lapisan tepung.
~ gulung memanjang dan gelek memanjang juga. Gulung lagi
~ keratkan beberapa keping setebal 1 1/2 cm
~ lenyek keratan tadi dan bubuh inti. Kelimkan
~ goreng dengan api yang sederhana. SIAP




No comments:

Adbox

@templatesyard