If you think well, you cook well...

Daging Goreng Kunyit Berlada


Bahan-bahan:
1/2kg daging
1 biji bawang besar - dipotong bulat
1 biji cili merah - dipotong menyerong
Kicap secukupnya
1 biji limau kasturi (perah ambil jusnya)


Bahan kisar
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit
10 biji cili padi

Bahan tumis
1 inci kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunya cengkih
3 biji buah pelaga

Cara memasak

  1. Panaskan minyak dalam periuk Noxxa
  2. Tumis bahan tumis dan bahan kisar sehingga naik minyak
  3. Masukkan daging dan sedikit air. Kacau rata-rata. Kemudian tutup periuk Noxxa dan set "Pressure Cook" selama 20 minit.
  4. Cukup 20 minit, lepaskan pressure kemudian set "Stir Fry"
  5. Masukkan kicap dan masak sehingga kuahnya kering sedikit. Sentiasalah kacau supaya tidak hangit.
  6. Akhir sekali masukkan bawang besar dan cili merah serta jus limau kasturi. Kacau sekejap kemudian boleh switch off periuk.



Share:

No comments: