Kari Hijau Ayam Kampung



Bahan untuk pes hijau

10 biji bawang merah
8 ulas bawang putih
2 batang serai - dihiris
8 biji cili hijau
6 biji cili padi hijau - optional (tambah jika suka pedas)
2 inci lengkuas
1 inci halia
2 genggam daun ketumbar
2 genggam daun selasih
2 camca teh serbuk ketumbar
1 camca teh serbuk lada sulah
1 camca teh serbuk jintan manis
6 sudu makan sos ikan
2 sudu makan gula perang
jus dari sebiji limau nipis
sedikit air

Semua bahan dimasukkan ke dalam blender dan dikisar  sehingga halus.

Bahan-bahan lain

1 ekor ayam kampung - dipotong lapan
2 biji terung bulat - dipotong lapan
1/2 biji capsicum hijau - optional
2 batang serai - diketuk
4 helai daun limau purut - dihiris halus
10 biji cili padi - optional (diketuk - tambah jika suka pedas)
2 cawan pati santan
jus dari sebiji limau nipis
segenggam daun selasih
air secukupnya
garam secukupnya
sedikit minyak untuk menumis

Cara memasak.

1. Panaskan sedikit minyak. Tumis serai hingga wangi.
2. Masukkan pes hijau dan kacau. Masak sehingga naik minyak.
3. Masukkan ayam dan sedikit air.  Masak sehingga ayam kecut.
4. Kemudian masukkan santan, terung, daun limau purut dan daun selasih.
5. Masak sehingga mendidih dan kuahnya sedikit pekat.
6. Masukkan capsicum, jus limau nipis dan garam secukup rasa.
7. Biarkan mendidih sekejap kemudian tutup api
8. Kari hijau ayam sedap dimakan dengan nasi putih





0 comments: