If you think well, you cook well...

Chicken Popcorn



Bahan-bahan:
300 gm isi ayam - dibersih dan dikeringkan  betul-betul kemudian dipotong kecil-kecil
1 sudu kecil serbuk cili - kalau suka pedas, boleh tambah
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1/2 sudu kecil serbuk lada putih
1/2 sudu kecil serbuk bawang putih
1/2 sudu kecil serbuk halia
1/2 sudu kecil serbuk oregano
1/2 sudu kecil garam masala
1 atau 2  biji telur
1/4 cawan tepung jagung
1 cawan breadcrumb
Garam secukup rasa
Minyak secukupnya untuk deep fry

Cara memasak:
Gaul ayam dengan semua bahan di atas kecuali minyak dan breadcrumb. Panaskan minyak.  Sementara itu masukkan breadcrumb dan kacau rata-rata. Masukkan satu persatu ayam yang bersalut tadi ke dalam minyak yang telah cukup panas. Goreng sehingga kekuningan. Balik-balikkan ayam supaya rata kuningnya.




Share:

No comments: