If you think well, you cook well...

Bergedil


Bahan-bahan 

200gm daging kisar
4-5 biji kentang (direbus)
sedikit daun sup dan daun bawang
garam secukup rasa.
2 biji telur (dipukul sedikit)

Cara membuatnya

  1. Lecek kentang yang telah direbus sehingga halus dan tidak berketul-ketul.
  2. Masukkan daging kisar dan gaul hingga sebati.
  3. Masukkan daun sup, daun bawang dan garam secukup rasa. Gaul sehingga sebati.
  4. Kepalkan adunan ini menjadi bulat dan leperkan sedikit (jika suka)
  5. Panaskan minyak dalam kuali.
  6. Adunan yang dikepal tadi dicelup ke dalam telur dan digoreng sehingga kekuningan.




Share:

Acar Ikan Kering



Bahan-bahan

600gm ikan kering jenis berisi seperti ikan kurau, ikan talang dan ikan merah. (direndam sekejap, dipotong dan digoreng)
1 cawan cuka
1/2 cawan cili giling (boleh dikurang atau ditambah untuk kepedasan mengikut citarasa masing-masing)
1 sudu makan serbuk jintan manis
1 sudu makan serbuk jintan putih
1 sudu teh serbuk kunyit
1/4 cawan bijan (digoreng tanpa minyak)
1/2 cawan kismis hitam
1 cawan bawang merah (dibuang kulit)
1/4 cawan bawang putih (dibuang kulit)
2 inci halia (dimayang)
Gula secukup rasa


Bahan-bahan tumis 

2 sudu makan bawang merah giling
1 sudu makan bawang putih giling
1 sudu makan halia giling


Cara memasak


  1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan-bahan tumis hingga garing.
  2. Masukkan cili giling, serbuk jintan putih, jintan manis, kunyit. Kacau rata-rata dan biarkan hingga naik minyak.
  3. Masukkan gula dan cuka dan biarkan mendidih.
  4. Masukkan bawang merah, bawang putih, halia mayang dan kismis. Masak hingga bawang menjadi lembut.
  5. Akhir sekali masukkan ikan kering dan bijan. Kacau rata-rata dan biarkan mendidih dan kering sedikit sebelum ditutup api.



Nota: Boleh tambah cili padi (letak sebiji2) dan daun kari jika suka. Jika dimasak betul-betul, acar ikan boleh tahan lama. Simpan dalam bekas kaca dan letak dalam peti sejuk.


Share: