Soto Ayam





Bahan bahan

Tulang dari seekor ayam (di potong ikut suka)
Isi ayam dari dua keping bahagian dada (digaul garam kunyit dan digoreng tapi jangan terlalu garing - saya goreng guna pemanggang ajaib. Apabila sejuk, isi ayam ini bolehlah dicarik halus)
3 sudu besar serbuk sup
2 sudu besar lada putih 
Cengkih, bunga lawang, kayu manis, pelaga
3 batang serai - diketuk
Garam secukup rasa

Bahan Kisar:

5 ulas bawang merah                    
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup

Bahan-bahan lain

Taugeh 
Daun sup – dihiris halus
Daun bawang – dihiris halus
Bawang goreng
Begedil (resepinya di sini)
Nasi Impit – potong kecil
Sambal hitam pedas

Cara memasak

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar, bunga cengkih, bunga lawang, kayu manis, pelaga dan serai.
  2. Masukkan serbuk sup, serbuk lada putih dan sedikit air. Kacau dan biarkan hingga naik minyak dan berbau wangi. 
  3. Masukkan tulang ayam dan kacau sebentar. Kemudian masukkan air secukupnya. Renihkan sup ini sehingga mendidih. Masukkan garam secukup rasa.

Cara menghidang

  1. Masukkan nasi impit ke dalam mangkuk dan masukkan kuah sup.
  2. Taburkan isi ayam yang dicarik halus dan bahan-bahan lain di atasnya.
  3. Sedia untuk dimakan.

Bahan dan cara membuat sambal hitam pedas

Segenggam cili padi
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
Kicap cair
Cuka
Gula


Kisar cili, bawang besar dan bawang putih hingga lumat. Masukkan ke dalam periuk, tambah sedikit air dan masak sehingga mendidih. Masukkan kicap cair, cuka dan gula dan biarkan mendidik sekejap sebelum ditutup api.



0 comments: