Kefta

Bahan-bahan

500gm daging batang pinang (daging kambing pun boleh)

Bahan-bahan perapan

1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh paprika
1 sudu teh serbuk cili
1 sudu teh serbuk kulit kayu manis
1 biji telur sais kecil - dipukul sedikit
daun parsely cincang
garam dan lada sulah secukup rasa

Penyediaan

  1. Gaul bahan perapan bersama daging dan simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 2 jam.
  2. Panaskan sedikit minyak dan goreng daging tadi sehingga masak dan kering.
  3. Daging ini boleh dimakan dengan roti pita bersama hirisan timun, tomato dan daun salad.

Note: Resepi dari buku 400 RESEPI TERBAIK CHEF WAN.


Ayam Goreng Bergajus

Bahan-bahan

500gm ayam - dipotong kecil-kecil
6 biji cili kering dibersihkan  dan digoreng dalam minyak
200gm gajus - dibersihkan dan digoreng dalam minyak
2 sudu makan minyak bijan
4 sudu makan bawang putih cincang
1 biji bawang besar - dikupas dan dipotong dadu
1 biji capsicum (hijau/merah/kuning) - dipotong menyerong
2 batang celery - dipotong menyerong
5 sudu makan sos tomato
3 sudu makan sos cili
1 sudu makan kicap cair
sedikit minyak masak
garam dan gula secukup rasa

Penyediaan


  1. Panaskan minyak bijan dan sedikit minyak masak dalam kuali dan tumis bawang putih hingga wangi.
  2. Masukkan ayam dan goreng hingga ayam empuk.
  3. Masukkan bawang besar, capsicum, dan celery. Kacau rata-rata.
  4. Masukkan sos tomato, sos cili, kicap, garam dan gula secukup rasa.
  5. Akhir sekali masukkan gajus dan cili kering yang telah digoreng tadi. Kacau hingga sebati.
  6. Hidangkan dengan nasi putih.

Note: Resepi dari buku 400 RESEPI TERBAIK CHEF WAN



Daging Goreng Berhalia dengan Asparagus

Bahan-bahan

500gm daging batang pinang - dihiris nipis
4 ulas bawang putih - dicincang halus
3 sudu makan halia muda yang telah dihiris nipis
20 batang asparagus - dipotong memanjang
4 sudu makan air
1 biji cili merah - belah dan buang biji kemudian potong menyerong
Daun bawang - dipotong halus.

Bahan untuk perap

1 sudu teh minyak masak
1/2 sudu teh garam
2 sudu teh sos tiram
1 sudu teh halia yang telah diparut
2 sudu makan tepung jagung
1 sudu teh kicap
1 sudu makan serbuk kari daging

Penyediaan


  1. Satukan bahan perapan di dalam mangkuk dan kacau sebati. Gaul daging dengan bahan perapan tersebut dan perap selama 3 jam.
  2. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan halia.
  3. Masukkan perapan daging tadi dan air. Kacau hingga daging empuk.
  4. Masukkan asparagus dan rasa garamnya.
  5. Hidangkan dengan hiasan cili merah dan daun bawang.

Note: Resepi dari buku 400 RESEPI TERBAIK CHEF WAN


Laksa Kari


Bahan-bahan utama

1.5L stok ayam
21⁄2 sudu teh gula perang
450g isi ayam
12 ekor udang
2 cawan santan kelapa (saya guna santan kelapa sawit)
12 bebola ikan
150 g tofu goreng (dihiris nipis-nipis)
500 g mee/meehoon/laksa/spagethi 
5 keping asam gelugor
sedikit minyak masak
sedikit taugeh
garam secukup rasa

Bahan-bahan hiasan

bawang goreng 
daun pudina
sambal cili
limau kasturi

Bahan-bahan untuk kuah

8 tangkai cili kering
2 sudu besar udang kering
5 ulas bawang merah
1 inci lengkuas
3 ulas bawang putih
2 batang serai
6 biji buah keras
1 sudu besar belacan (saya tak letak belacan) 
2 sudu teh ketumbar
1 sudu teh paprika
1 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu the serbuk kunyit

Cara memasak

1. Celur mee/meehoon/laksa atau rebus spagethi hingga lembut.
2. Semua bahan untuk kuah dikisar sekali. Jika kering masukkan sedikit air.
3. Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah dikisar. Kacau hingga naik bau.
4. Masukkan stok ayam dan biarkan mendidih.
5. Masukkan isi ayam dan biarkan mendidih sekejap.
6. Masukkan udang dan biarkan mendidih sehingga udang dan ayam masak
7. Masukkan santan, bebola ikan dan tofu goreng. Biarkan mendidih.
8. Masukkan garam secukup rasa dan sedia untuk dihidangkan.
9. Untuk menghidang, masukkan mee/meehoon/laksa/spagethi ke dalam mangkuk, masukkan kuah kemudian dihias dengan bahan-bahan hiasan.

Note: Resepi asal di sini


Swedish Meatball ala IKEA


Saya tidak buat sendiri meatball sebaliknya guna meatball yang suami saya beli dari IKEA. Meatball ini saya goreng tanpa minyak dengan pemanggang ajaib. Saya cuma sediakan sosnya sahaja.

Bahan untuk sos

2 sudu makan mentega
2 sudu makan tepung gandum
2 biji bawang besar sais sederhana - dipotong dadu kecil
2 biji tomato sais sederhana - dipotong dadu kecil
1 1/2 cawan stok ayam/daging
100ml susu segar
3 sudu makan sos tomato
2 sudu makan kicap manis
2 sudu makan serbuk lada hitam 
1 sudu gula
garam secukup rasa

Cara memasak

1. Panaskan mentega guna api perlahan. Tumis bawang hingga bawang layu.
2. Masukkan tepung gandum. Kacau sehingga sebati dengan bawang. Kemudian masukkan tomato dan biar hingga tomato layu.
3. Masukkan stok ayam, susu segar, sos tomato, kicap manis, serbuk lada hitam, dan gula. Kacau sentiasa sehingga ia mendidih.
5. Masukkan garam secukup rasa. Tutup api dan biarkan kuah ini jadi suam sebelum dikisar sampai halus dengan blender. 

6. Kuah ini boleh dimakan dengan meatball, kentang goreng dan sayur-sayuran seperti tomato, brokoli atau carot yang dikukus.



Soto Ayam





Bahan bahan

Tulang dari seekor ayam (di potong ikut suka)
Isi ayam dari dua keping bahagian dada (digaul garam kunyit dan digoreng tapi jangan terlalu garing - saya goreng guna pemanggang ajaib. Apabila sejuk, isi ayam ini bolehlah dicarik halus)
3 sudu besar serbuk sup
2 sudu besar lada putih 
Cengkih, bunga lawang, kayu manis, pelaga
3 batang serai - diketuk
Garam secukup rasa

Bahan Kisar:

5 ulas bawang merah                    
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup

Bahan-bahan lain

Taugeh 
Daun sup – dihiris halus
Daun bawang – dihiris halus
Bawang goreng
Begedil (resepinya di sini)
Nasi Impit – potong kecil
Sambal hitam pedas

Cara memasak

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar, bunga cengkih, bunga lawang, kayu manis, pelaga dan serai.
  2. Masukkan serbuk sup, serbuk lada putih dan sedikit air. Kacau dan biarkan hingga naik minyak dan berbau wangi. 
  3. Masukkan tulang ayam dan kacau sebentar. Kemudian masukkan air secukupnya. Renihkan sup ini sehingga mendidih. Masukkan garam secukup rasa.

Cara menghidang

  1. Masukkan nasi impit ke dalam mangkuk dan masukkan kuah sup.
  2. Taburkan isi ayam yang dicarik halus dan bahan-bahan lain di atasnya.
  3. Sedia untuk dimakan.

Bahan dan cara membuat sambal hitam pedas

Segenggam cili padi
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
Kicap cair
Cuka
Gula


Kisar cili, bawang besar dan bawang putih hingga lumat. Masukkan ke dalam periuk, tambah sedikit air dan masak sehingga mendidih. Masukkan kicap cair, cuka dan gula dan biarkan mendidik sekejap sebelum ditutup api.



Bergedil


Bahan-bahan 

200gm daging kisar
4-5 biji kentang (direbus)
sedikit daun sup dan daun bawang
garam secukup rasa.
2 biji telur (dipukul sedikit)

Cara membuatnya

  1. Lecek kentang yang telah direbus sehingga halus dan tidak berketul-ketul.
  2. Masukkan daging kisar dan gaul hingga sebati.
  3. Masukkan daun sup, daun bawang dan garam secukup rasa. Gaul sehingga sebati.
  4. Kepalkan adunan ini menjadi bulat dan leperkan sedikit (jika suka)
  5. Panaskan minyak dalam kuali.
  6. Adunan yang dikepal tadi dicelup ke dalam telur dan digoreng sehingga kekuningan.




Acar Ikan Kering



Bahan-bahan

600gm ikan kering jenis berisi seperti ikan kurau, ikan talang dan ikan merah. (direndam sekejap, dipotong dan digoreng)
1 cawan cuka
1/2 cawan cili giling (boleh dikurang atau ditambah untuk kepedasan mengikut citarasa masing-masing)
1 sudu makan serbuk jintan manis
1 sudu makan serbuk jintan putih
1 sudu teh serbuk kunyit
1/4 cawan bijan (digoreng tanpa minyak)
1/2 cawan kismis hitam
1 cawan bawang merah (dibuang kulit)
1/4 cawan bawang putih (dibuang kulit)
2 inci halia (dimayang)
Gula secukup rasa


Bahan-bahan tumis 

2 sudu makan bawang merah giling
1 sudu makan bawang putih giling
1 sudu makan halia giling


Cara memasak


  1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan-bahan tumis hingga garing.
  2. Masukkan cili giling, serbuk jintan putih, jintan manis, kunyit. Kacau rata-rata dan biarkan hingga naik minyak.
  3. Masukkan gula dan cuka dan biarkan mendidih.
  4. Masukkan bawang merah, bawang putih, halia mayang dan kismis. Masak hingga bawang menjadi lembut.
  5. Akhir sekali masukkan ikan kering dan bijan. Kacau rata-rata dan biarkan mendidih dan kering sedikit sebelum ditutup api.



Nota: Boleh tambah cili padi (letak sebiji2) dan daun kari jika suka. Jika dimasak betul-betul, acar ikan boleh tahan lama. Simpan dalam bekas kaca dan letak dalam peti sejuk.