Lahore-style beef


Bahan-bahannya...

4 sudu besar minyak masak
sedikit daun salam
sedikit bunga cengkih
sedikit biji lada hitam
1 biji bawang besar - dihiris
daging dan tulang ( rebus guna pressure cooker)
atau boleh juga guna daging batang pinang (daging lembut dan mudah empuk)
1 sudu teh kunyit
serbuk cili secukup rasa (ikut rasa masing-masing)
2 sudu teh biji ketumbar - crushed
2 inci kulit kayu manis
3 biji bawang putih - crushed
garam secukup rasa
3/4 cup kacang dal - direbus hingga empuk tapi jangan hancur
2 biji tomato - dipotong empat setiap satu
2 biji cili hijau - dibelah empat setian satu
sedikit daun ketumbar - chopped

Cara masak

1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis daun salam, bunga cengkih, lada hitam dan bawang besar hingga bawang besar layu.

2. Masukkan kunyit, serbuk cili, biji ketumbar, kulit kayu manis, bawang putih dan sedikit garam. Kacau sebentar dan masukkan daging. Masak selama 5 minit. Kacau supaya tidak hangit di bahagian bawah.

3. Masukkan air (boleh guna air rebusan daging). Kacau dan tutup periuk. Masak hingga mendidih. Kuantiti air ikut rasa masing-masing. Kalau suka berkuah boleh guna lebih air.

4. Masukkan kacang dal yang telah direbus, tomato, cili hijau. Rasa garam. Sebelum tutup api, tabur daun ketumbar.

Done!

Nasi Daging


Bahan utama

3 cawan rice cooker beras Basmathi - dicuci, direndam sekejap dan ditoskan
250g daging batang pinang - dipotong kiub (jika guna daging biasa hendaklah direbus terlebih dahulu untuk empukkan daging)
2 sudu makan serbuk rempah kurma
2 helai daun pandan
2 sudu makan yoghurt (guna susu pun boleh)
1 sudu makan tomato paste ( guna tomato puree pun boleh tapi saya suka tomato paste sebab rasanya lagi sedap)
garam secukupnya
1 sudu besar minyak sapi


Bahan tumis

1 biji bawang besar yang sedang saisnya - dikisar
3 ulas bawang putih -dikisar
1/2 inci halia - dikisar
1 sudu kecil jintan manis
sedikit kulit kayu manis, buah pelaga, cengkih dan bunga lawang


Cara memasak

  1. Panaskan minyak sapi di dalam periuk. Tumiskan bahan tumis hingga wangi.
  2. Masukkan serbuk kurma, tomato paste dan yoghurt. Tumis lagi hingga garing dan pecah minyak.Jika agak kering masukkan sedikit air.
  3. Kemudian masukkan daging, daun pandan dan garam. Kacau rata-rata.
  4. Masukkan air secukupnya dan masak hingga daging empuk (pastikan air sama atau lebih sedikit dari sukatan beras Basmathi...agak-agaklah..bergantung kepada jenis beras basmati). 
  5. Masukkan beras ke dalam rice cooker kemudian curahkan air rebusan rempah dan daging tadi ke dalamnya. Kacau rata-rata dan masaklah nasi seperti biasa.


Air Asam

1 biji bawang besar - dipotong dadu
2 biji tomato - dipotong dadu
5 biji cili padi - dihiris halus (optional)
2 biji cili merah - dihiris halus
2 biji cili hijau - dihiris halus
1 cawan air asam jawa 
sedikit serbuk belacan atau belacan bakar 
sedikit garam, gula dan jus limau nipis atau jus lemon


Satukan semua bahan dan kacau rata-rata. Hidangkan bersama nasi daging.