Lahore-style beef


Bahan-bahannya...

4 sudu besar minyak masak
sedikit daun salam
sedikit bunga cengkih
sedikit biji lada hitam
1 biji bawang besar - dihiris
daging dan tulang ( rebus guna pressure cooker)
atau boleh juga guna daging batang pinang (daging lembut dan mudah empuk)
1 sudu teh kunyit
serbuk cili secukup rasa (ikut rasa masing-masing)
2 sudu teh biji ketumbar - crushed
2 inci kulit kayu manis
3 biji bawang putih - crushed
garam secukup rasa
3/4 cup kacang dal - direbus hingga empuk tapi jangan hancur
2 biji tomato - dipotong empat setiap satu
2 biji cili hijau - dibelah empat setian satu
sedikit daun ketumbar - chopped

Cara masak

1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis daun salam, bunga cengkih, lada hitam dan bawang besar hingga bawang besar layu.

2. Masukkan kunyit, serbuk cili, biji ketumbar, kulit kayu manis, bawang putih dan sedikit garam. Kacau sebentar dan masukkan daging. Masak selama 5 minit. Kacau supaya tidak hangit di bahagian bawah.

3. Masukkan air (boleh guna air rebusan daging). Kacau dan tutup periuk. Masak hingga mendidih. Kuantiti air ikut rasa masing-masing. Kalau suka berkuah boleh guna lebih air.

4. Masukkan kacang dal yang telah direbus, tomato, cili hijau. Rasa garam. Sebelum tutup api, tabur daun ketumbar.

Done!

0 comments: