Pesamah Daging




Pesamah Daging

Bahan-bahan
  • 500gm daging batang pinang
  • 3 sudu besar rempah kari daging - dibancuh dengan sedikit air untuk dijadikan pes
  • 2 sudu kerisik
  • 1 cawan santan
  • Garam, gula dan air secukupnya
  • Sedikit minyak untuk menumis

Bahan-bahan kisar
  • 4 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia

Cara memasak
  1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan-bahan kisar hingga naik bau.
  2. Masukkan rempah kari daging, kacau rata dan biarkan hingga naik minyak.
  3. Masukkan daging dan sedikit air, biarkan sehingga mendidih dan daging menjadi empuk.
  4. Masukkan santan, kerisik, garam dan gula secukupnya.
  5. Masak sehingga kuahnya menjadi sedikit pekat.
  6. Sedap dimakan bersama nasi putih dan pulut kuning.