Apple Crumble

Tengok gambar macam tak menyelerakan aje..hehehe..(Maaf, saya tak pandai snap photo) Tapi rasanya memang sedap!


Bahan-bahan untuk lapisan bawah

3 biji epal - saya guna epal merah
3 sudu makan gula perang
1 sudu teh serbuk kulit kayu manis


Bahan-bahan untuk lapisan atas

150gm tepung gandum
120gm mentega
60gm gula halus
sedikit garam


Cara membuatnya

  1. Epal dikupas, dibersihkan dan dipotong dadu kecil-kecil. Kemudian gaulkan dengan gula perang dan serbuk kulit kayu manis. Ketepikan.
  2. Satukan tepung, mentega, gula dan garam. Gaul sehingga adunan menjadi seperti serbuk roti.
  3. Sapukan loyang dengan mentega. Masukkan semua campuran epal dan ratakan. Kemudian masukkan adunan tepung dan ratakan sampai menutupi lapisan epal tadi.
  4. Bakar pada suhu 180^C selama 30 - 40 minit atau sehingga adunan menjadi keperangan.

2 comments:

musollahehsan said...

SALAM,
TAK PERNAH RASA ! MESTI SEDAP NI !

Deliah's Deli said...

kami semua suka ni..mmg sedap! :)