If you think well, you cook well...

Baked bean with minced meat



Bahan-bahan

  • 100gm daging kisar (minced meat)
  • 1/2 cawan kacang panggang (baked bean)
  • 2 sudu makan serbuk kari daging
  • 1 sudu makan cili kisar
  • sedikit halia, bawang kecil, bawang putih - dikisar
  • sedikit capsicum hijau, capsicum merah, bawang besar - dipotong dadu kecil.
  • sedikit minyak
  • garam secukup rasa


Cara memasak

  1. Panaskan minyak dalam kuali.
  2. Tumis halia, bawang kecik dan bawang putih yang telah dikisar.
  3. Masukkan cili kisar dan serbuk kari. Tambah sedikit air dan masak hingga naik minyak.
  4. Masukkan daging kisar. Kacau rata-kata.
  5. Bila daging telah kecut, masukkan kacang panggang dan kacau lagi sehingga rata.
  6. Masukkan capsicum hijau, capsicum merah dan bawang besar.
  7. Masukkan garam secukup rasa sebelum diangkat.

Nota: masakan ini sedap dimakan dengan toasted bread



Share:

Apple Crumble

Tengok gambar macam tak menyelerakan aje..hehehe..(Maaf, saya tak pandai snap photo) Tapi rasanya memang sedap!


Bahan-bahan untuk lapisan bawah

3 biji epal - saya guna epal merah
3 sudu makan gula perang
1 sudu teh serbuk kulit kayu manis


Bahan-bahan untuk lapisan atas

150gm tepung gandum
120gm mentega
60gm gula halus
sedikit garam


Cara membuatnya

  1. Epal dikupas, dibersihkan dan dipotong dadu kecil-kecil. Kemudian gaulkan dengan gula perang dan serbuk kulit kayu manis. Ketepikan.
  2. Satukan tepung, mentega, gula dan garam. Gaul sehingga adunan menjadi seperti serbuk roti.
  3. Sapukan loyang dengan mentega. Masukkan semua campuran epal dan ratakan. Kemudian masukkan adunan tepung dan ratakan sampai menutupi lapisan epal tadi.
  4. Bakar pada suhu 180^C selama 30 - 40 minit atau sehingga adunan menjadi keperangan.
Share: