If you think well, you cook well...

Nasi Lobak Merah



Bahan-bahan
  • 3 cawan beras - dibasuh dan ditoskan
  • 1 batang lobak merah - di parut memanjang
  • Minyak sapi
  • Air secukupnya
  • Garam secukup rasa


Bahan tumis
  • 5 ulas bawang merah - dihiris
  • 3 ulas bawang putih - dihiris
  • 1/2 inci halia - dihiris
  • kulit kayu manis
  • buah pelaga
  • bunga cengkih
  • bunga lawang


Bahan rempah - dibancuh dengan sedikit air untuk dijadikan pes
  • 2 sudu teh jintan manis serbuk
  • 2 sudu teh jintan putih serbuk
  • 1 sudu teh ketumbar serbuk


Cara memasak
  1. Panaskan minyak sapi di dalam periuk dan tumiskan bahan tumis hingga berbau wangi.
  2. Masukkan bahan rempah, kacau dan biarkan hingga pecah minyak.
  3. Masukkan lobak merah yang telah diparut.
  4. Masukkan air secukupnya. Biarkan mendidih.
  5. Beras yang telah dibersih dan ditos, dimasukkan ke dalam rice cooker.
  6. Masukkan campuran air yang telah mendidih ke dalam beras dan tambah garam.
  7. Masaklah nasi seperti biasa.
  8. Apabila nasi hampir masak, kacau nasi rata-rata, tutup periuk dan biarkan nasi masak sepenuhnya.
Share:

Kek Keju Mempelam


 
 
Ini kali kedua cuba buat kek keju mempelam. Kali pertama dulu, tak sempat nak snap gambar. Kali kedua ni pun nyaris-nyaris tak sempat. Cheesecake menjadi favourite saya dan Amani. Dan memang kami berdua aje yang habiskan dalam masa 24jam..hehehe. Terimakasih pada Along Roz sebab resepi ni saya ambil dari blog dia. Rasa dah ok, sedap...cuma bab decoration memang saya tak kreatif. Along Roz punya cheesecake memang cantik. Saya punya setakat nak makan anak beranak, ok la kot tapi kalau nak jamu orang..hmmm..malu rasanya..hehehe. Dalam pada tak cantik tu pun ada orang minta resepi. Sila masuk blog Along Roz untuk original recipe dan jamu mata tengok gambar cheesecake Along yang cantik dan menyelerakan. Resepi saya seperti di bawah…


Bahan untuk lapisan bawah
  • 110gm mentega
  • 2 sudu makan gula perang
  • 200gm biskut marie (original flavor) - dihancurkan


Cara buat lapisan bawah
  1. Cairkan mentega dan gula perang.
  2. Masukkan campuran mentega dan gula perang yang telah cair ke dalam biskut marie. Kacau rata-rata.
  3. Tekankan adunan ke dalam acuan kek keju.
  4. Sejukkan di dalam petiais selama 30 minit.


Bahan untuk lapisan keju
  • 250gm krim keju
  • 1/2 cawan gula kastor
  • 200ml whipping cream
  • 1 cawan puri mempelam (saya guna 2 biji isi mempelam siam dikisar untuk dijadikan puri)
  • 1 sudu makan gelatin - dilarutkan dalam 1/4 air yang dipanaskan.


Cara buat lapisan keju
  1. Putar krim keju dan gula sehingga ringan.
  2. Masukkan whipping cream dan putar lagi sehingga kental.
  3. Masukkan puri mempelam dan kacau rata-rata.
  4. Akhir sekali masukkan larutan gelatin dan kacau.
  5. Tuangkan lapisan keju ke atas lapisan biskut marie dan sejukkan di dalam petiais selama semalaman.

 
Oleh kerana saya dan Amani tidak berapa minat kepada jem dan topping yang berkrim   saya cuma hiaskan dengan hirisan mempelam segar. Mungkin lain kali, saya akan cuba buat jelly topping. Kek keju yang simple seperti ini bukanlah sukar untuk dibuat cuma kena ada kerajinan..hehehe.. Ikut saja arahan cara membuatnya, insyaAllah jadi. Selamat mencuba!

Share: