If you think well, you cook well...

Nasi Beriani Bombay



Bahan-bahan
  • 3 cawan beras - dicuci bersih-bersih dan ditoskan
  • 1 biji bawang besar dipotong dadu
  • 3 sudu besar rempah beriani bombay (saya guna brand shan) - dicampur dengan sedikit air untuk dijadikan pes
  • 1 cawan susu atau santan - dicampur dengan jus limau nipis (boleh juga kalau nak guna yoghurt)
  • sedikit kismis
  • garam secukup rasa
  • sedikit minyak dan minyak sapi


Bahan-bahan kisar
  • 8 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia


Cara memasak
  1. Panaskan minyak dan minyak sapi di dalam periuk. Tumiskan bawang besar yang telah dipotong dadu.
  2. Apabila bawang besar garing, masukkan bahan-bahan kisar dan kacau hingga naik bau.
  3. Masukkan pes rempah beriani bombay dan kacau hingga pecah minyak.
  4. Masukkan campuran susu/santan dan jus limau nipis.
  5. Masukkan air secukupnya dan tambah garam.
  6. Beras yang telah dicuci tadi dimasukkan ke dalam rice cooker.
  7. Apabila campuran di atas mendidih, curahkan ke dalam rice cooker yang berisi beras tadi.
  8. Masaklah nasi seperti biasa.
  9. Apabila nasi hampir kering, masukkan kismis.


Note: biasanya cecair yang diguna sama banyak dengan beras. Jika beras satu cawan, maka air juga satu cawan. Ini termasuk juga santan atau susu yang digunakan. Untuk resepi di atas, saya gunakan 2 cawan air plus 1 cawan susu/santan untuk 3 cawan beras.


Rempah Beriani Bombay



Share:

Limpa Goreng Berempah



Bahan-bahan
  • 500gm limpa
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 1 biji bawang besar - dipotong bulat
  • cili benggala hijau dan merah - dipotong menyerong
  • Jus limau nipis
  • Garam dan gula secukupnya


Bahan-bahan rempah
  • 1 sudu besar cili serbuk
  • 1 sudu kecil jintan manis serbuk
  • 1 sudu kecil jintan putih serbuk
  • 1 sudu kecil garam masala
 *dicampur sekali kemudian dibancuh dengan sedikit air untuk dijadikan pes


Bahan-bahan kisar
  • 10 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
*campur semua bahan dan kisar sehingga halus



Cara memasak
  1. Limpa direbus sehingga masak kemudian dihiris nipis-nipis.
  2. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng limpa sehingga kekuningan.
  3. Masukkan bahan-bahan kisar. Kacau rata.
  4. Kemudian masukkan bahan-bahan rempah. Kacau lagi
  5. Masukkan kicap. Jika agak kering, boleh ditambah dengan sedikit air.
  6. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  7. Biarkan kering sedikit, kemudian masukkan bawang besar, cili benggala merah dan hijau.
  8. Sebelum api ditutup masukkan jus limau nipis dan kacau rata-rata.
Share:

Ayam Tikka



Bahan-bahan
  • 3 ketul paha ayam
  • 1/2 inci halia - dikisar halus
  • 4 ulas bawang putih - dikisar halus
  • 2-3 sudu besar rempah tikka (saya guna brand Shan)
  • Jus limau nipis atau jus lemon
  • sedikit minyak sapi (optional)


Cara memasak

Gaul kesemua bahan diatas dan perap selama 1 - 2 jam. Selepas itu ayam dipanggang. Lebih sedap jika dapat dipanggang di atas api. Jika tidak, boleh juga digrill atas dapur gas dengan menggunakan kuali yang khas untuk grill. Gunakan api yang perlahan. Minyak sapi disapu semasa proses memanggang. Pangganglah sehingga ayam betul-betul masak.


Tikka Mix



Share:

Fish n Chips




Bahan-bahan
  • 3 keping fish fillet
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh instant yeast
  • sedikit garam
  • sedikit lada sulah
  • sedikit jus limau nipis


Cara memasak
  1. Fish fillet dicuci dan ditoskan
  2. Tepung dan instant yeast dicampur. Masukkan 3/4 cawan air dan kacau rata-rata hingga tidak berketul.
  3. Masukkan garam dan lada sulah serta jus limau nipis. Kacau rata.
  4. Tutup bekas dan tinggalkan pada suhu bilik selama satu dua jam sebelum digunakan.
  5. Panaskan minyak dalam kuali. Biarkan minyak betul-betul panas.
  6. Celupkan fish fillet ke dalam adunan tepung dan goreng dalam minyak panas (deep frying).
  7. Angkat setelah ia berwarna keperangan.




Sos Cendawan
  • 2 cawan air rebusan tulang ayam
  • 1 biji bawang besar - dipotong dadu
  • 1 tin kecil cendawan butang - dipotong dadu
  • Kicap secukupnya
  • sedikit tepung gandum untuk memekatkan kuah dibancuh dengan sedikit air




Cara memasak
  1. Tumis bawang dalam sedikit minyak panas. 
  2. Bila bawang layu, masukkan air rebusan tulang ayam.
  3. Masukkan cendawan dan kicap. Biarkan mendidih.
  4. Pekatkan kuah dengan bancuhan tepung gandum. Kacau rata dan perasakan dengan garam secukupnya.




Note: Untuk chips, saya guna frozen fries yang digoreng sendiri. Boleh juga ditambah dengan steamed veges atau coleslaw.


Share:

Kuih Lompang Gula Merah



Bahan-bahan
  • 2 cawan tepung beras
  • 1 cawan gula merah
  • 1/2 cawan gula pasir
  • sedikit kelapa parut - digaul dengan sedikit garam


Cara memasak
  1. Tepung dibancuh dengan 2 cawan air. Kacau rata-rata supaya tidak berketul.
  2. Campur gula merah dan gula pasir. Masakkan campuran gula dengan 2 cawan air.
  3. Apabila gula sudah mendidih, tuangkan kedalam campuran tepung sambil dikacau agar tidak berketul.
  4. Sediakan kukusan. Panaskan acuan sebentar sebelum dituang adunan ke dalamnya.
  5. Tuangkan adunan dan masak selama 15 minit.
  6. Biarkan kuih lompang sejuk di dalam acuan sebelum dicungkil keluar.
  7. Hiaskan dengan kelapa parut di atasnya sebelum dihidangkan.
Share:

Nasi Daging



Bahan-bahan
  • 3 cawan beras basmati - dicuci dan ditoskan
  • 300gm daging - dipotong nipis-nipis
  • 1 bungkus sup bunjut
  • 1 camca besar rempah kurma
  • 1 biji tomato - dipotong dadu
  • 1 sudu besar tomato soup
  • Sedikit minyak sapi
  • Garam secukup rasa


Bahan-bahan kisar
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 ulang bawang putih
  • 1/4 inci halia


Bahan-bahan tumis
  • 1 biji bawang besar - dipotong dadu
  • sedikit buah pelaga dan kulit kayu manis


Cara memasak
  1. Daging digaul dengan rempah kurma dan direbus dalam periuk dengan air secukupnya. 
  2. Masukkan sup bunjut dan biarkan sehingga daging empuk.
  3. Di dalam periuk lain, panaskan minyak dan minyak sapi dan tumiskan bahan-bahan tumis.
  4. Masukkan bahan-bahan kisar. Biarkan pecah minyak dan naik baunya.
  5. Masukkan tomato soup dan tomato yang telah dipotong dadu.
  6. Masukkan daging berserta air rebusan (air secukupnya utk kuantiti beras yang digunakan). Biarkan mendidih dan letak garam secukup rasa.
  7. Beras dimasukkan ke dalam rice cooker.
  8. Tambahkan campuran air rebusan daging yang mendidih tadi dan masaklah nasi seperti biasa.
  9. Apabila nasi hampir masak, kacau supaya rata.


Note: Nasi ini sedap dimakan dengan air asam.


Air Asam


  • bawang besar - dipotong dadu
  • cili hijau - dihiris halus
  • cili merah - dihiris halus
  • tomato - dipotong dadu
  • sedikit belacan
  • air asam pekat
  • jus limau kasturi/limau nipis
  • garam dan gula secukup rasa
  • kerisik (optional)


Masukkan bawang, tomato, cili hijau dan cili merah yang telah dipotong ke dalam mangkuk. Masukkan air asam jawa dan kerisik belacan. Perahkan jus limau nipis atau limau kasturi. Masukkan gula dan garam secukupnya. Kacau rata-rata dan sedia untuk dihidangkan.
Share:

Nasi Arab



Bahan-bahan
  • 3 cawan beras basmati - dicuci dan ditoskan
  • 100 gm isi ayam - dipotong ikut suka
  • 1 sudu kecil jintan manis (serbuk)
  • 1 sudu kecil jintan putih (serbuk)
  • 1 biji tomato - dipotong dadu
  • sedikit minyak sapi
  • sedikit kismis
  • sedikit bawang goreng
  • garam secukup rasa



Bahan-bahan kisar
  • 6 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia


Bahan-bahan tumis
  • 1 biji bawang besar - dipotong dadu
  • kulit kayu manis
  • buah pelaga
  • bunga cengkih 
  • bunga lawang


Cara memasak
  1. Bancuhkan jintan manis dan jintan putih dengan sedikit air untuk dijadikan pes
  2. Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan minyak sapi.
  3. Tumiskan bahan-bahan tumis. Biarkan bawang besar layu.
  4. Masukkan bahan-bahan kisar  dan campuran pes jintan. Kacau sehingga pecah minyak dan naik bau.
  5. Masukkan isi ayam dan kacau sebentar.
  6. Masukkan air secukupnya dan biarkan ia mendidih.
  7. Apabila telah mendidih, tuangkan ke dalam rice cooker serta masukkan beras dan masaklah nasi seperti biasa. Tambah sedikit garam.
  8. Apabila nasi sudah masak, taburkan kismis dan bawang goreng. Kacau rata sebelum dihidangkan.


Share:

Ayam Masak Merah



Bahan-bahan
  • 1/2 ekor ayam - dipotong ikut suka dan digoreng separuh masak jika suka
  • 2 sudu besar tomato puree
  • 3 sudu besar tomato soup
  • 1 sudu kecil garam masalla
  • sedikit gula
  • garam secukup rasa


Bahan-bahan kisar
  • 1 biji bawang besar
  • 3 biji bawang putih
  • 3 biji buah keras
  • 1/2 inci halia
  • 1 batang serai
  • 5 biji cili merah (fresh)
  • 1 biji tomato


Cara memasak
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar.
  2. Masukkan garam masalla, tomato puree dan tomato soup. Biarkan ia mendidih, pecah minyak dan naik bau. Jika agak kering, bolehlah tambah sedikit air.
  3. Masukkan ayam dan masak hingga ayam empuk dan kuahnya agak kering.
  4. Perasakan dengan garam dan gula.
Share:

Nasi Jepun


Bahan-bahan
  • 3 cawan beras basmati
  • 1 batang lobak merah - saiz kecil, dipotong dadu
  • 6 biji cendawan butang - dipotong dadu
  • 1 biji bawang besar - dipotong dadu
  • sedikit minyak
  • sedikit mentega
  • sedikit garam


Bahan-bahan kisar
  • 6 biji bawang merah
  • 3 biji bawang putih
  • 1/2 inci halia


Cara memasak
  1. Masakkan nasi seperti biasa dalam rice cooker.
  2. Panaskan minyak dan mentega dalam kuali dan tumiskan bawang besar yang dipotong dadu.
  3. Apabila bawang layu, masukkan bahan-bahan kisar. Kacau hingga naik bau.
  4. Apabila nasi telah mula mendidih, masukkan bahan tumisan tadi.
  5. Kemudian masukkan lobak merah dan cendawan butang. Masukkan sedikit garam dan kacau rata-rata.
  6. Tutup periuk nasi dan biarkan nasi masak. Apabila nasi telah masak, kacau rata-rata sebelum dihidangkan.
Share:

Daging Goreng Rampai Sari


Bahan-bahan
  • 500 gm daging 
  • 2 batang serai - dihiris halus-halus
  • sedikit kicap
  • sedikit air asam jawa
  • sedikit gula
  • garam secukup rasa


Bahan-bahan kisar
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 5 biji cili kering (boleh tambah jika suka pedas)


Cara memasak
  1. Daging dipotong nipis-nipis dan direbus separuh masak. Angkat dan toskan airnya. Gaulkan daging dengan kicap.
  2. Panaskan sedikit minyak dan goreng daging sekejap kemudian masukkan serai.
  3. Masukkan bahan giling dan kacau rata-rata.
  4. Apabila telah naik bau, masukkan air asam jawa. Kacau hingga agak kering.
  5. Tambahkan garam dan gula secukupnya sebelum diangkat.
Share:

Bawal Masam Manis Bermadu



Bahan-bahan
  • 1 ekor ikan bawal - dicuci bersih-bersih, dilumur garam kunyit dan digoreng hingga garing kemudian ketepikan
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar madu
  • 1 biji bawang besar - dipotong bulat-bulat
  • garam secukupnya


Bahan - bahan kisar
  • 10 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 batang serai
  • 5 biji cili kering ( boleh ditambah jika suka pedas)


Cara memasak
  1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan - bahan kisar hingga naik bau dan pecah minyak.
  2. Masukkan sos tomato, sos cili dan madu. Kacau dan biarkan mendidih.
  3. Masukkan bawang besar yang dipotong bulat-bulat. 
  4. Biarkan bawang layu. Perasakan dengan garam secukupnya
  5. Angkat dan curahkan kuah ke atas ikan yang telah digoreng tadi.
Share:

Udang Goreng Istimewa


Bahan-bahan

  • 300gm udang ( tak perlu buang kulit, di basuh bersih)
  •  3 sudu tepung gandum (tepung jagung atau tepung ubi pun boleh)
  • 1 biji telur
  • 1 sudu serbuk kari daging
  • 1 sudu kicap
  • sedikit garam


Cara memasak

  1. Udang digaul dengan tepung.
  2. Telur dipukul. Campur serbuk kari, kicap dan garam.
  3. Tuangkan campuran telur ini ke dalam udang yang digaul dengan tepung tadi.
  4. Kemudian goreng udang sehingga garing.
  5. Sedap dimakan panas-panas.


Share: