Sup Tulang Lembu



Bahan-bahan
  • 1/2 kg tulang lembu - dicuci bersih-bersih
  • 300 gm daging lembu - dicuci dan dipotong kecil.
  • 5 biji ubi kentang - dikupas dan dibelah empat
  • 1 bungkus perencah sup tulang
  • Garam secukup rasa


Bahan-bahan tumis
  • 1 biji bawang besar - dipotong dadu
  • 5 ulas bawang putih - dimayang
  • 1 inci halia - dimayang


Bahan rempah
  • 5 sudu besar rempah sup
  • 2 sudu besar lada hitam ditumbuk


Cara memasak
  1. Rebus tulang dan daging menggunakan pressure cooker. Jika tiada pressure cooker, boleh rebus macam biasa tapi mengambil masa yang agak lama.
  2. Apabila selesai proses merebus, masukkan kentang dan bungkusan perencah sup tulang dan rebus lagi sehingga kentang empuk.
  3. Di dalam periuk yang lain, panaskan sedikit minyak dan tumis bahan-bahan tumis sehingga garing.
  4. Masukkan bahan rempah dan masak sehingga naik minyak.
  5. Apabila campuran rempah tadi telah naik minyak dan berbau wangi, curahkannya ke dalam periuk yang berisi tulang, daging dan kentang. Kacau dan biarkan mendidih.
  6. Masukkan garam secukup rasa.
  7. Hiaskan dengan daun sup dan bawang goreng.
  8. Siap untuk dimakan.

2 comments:

Tie said...

Tie suka sup ni, lebih-lebih lagi bila diperah limau...

ain said...

sedapnya dimkn ngan roti peranchis!