If you think well, you cook well...

Nasi Ayam Berempah



Bahan-bahan
  • 3 cawan beras basmati - dibasuk dan ditoskan
  • 1/2 ekor ayam - dibersihkan dan dipotong ikut suka
  • 1 biji bawang besar - dipotong dadu
  • 1 batang serai - diketuk
  • 3 helai daun pandan 
  • sedikit kicap
  • garam secukup rasa


Bahan-bahan rempah
  • 1 sudu besar ketumbar
  • 1/2 sudu besar serbuk lada hitam
  • 1 sudu kecil garam masalla
  • sedikit kunyit
  • sedikit garam


Bahan-bahan kisar
  • 7 biji bawang merah
  • 4 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 batang serai


Cara memasak
  1. Ayam digaul dengan bahan-bahan rempah dan bahan-bahan kisar dan diperap selama lima jam.
  2. Panaskan sedikit minyak di dalam periuk. Tumiskan bawang besar.
  3. Apabila bawang telah layu, masukkan ayam yang telah diperap tadi. Goreng sekejap.
  4. Kemudian masukkan air secukupnya (3 cawan), daun pandan dan serai ketuk.
  5. Masak sehingga ayam empuk.
  6. Keluarkan ayam dan masukkan air rebusan tadi ke dalam rice cooker.
  7. Masukkan beras dan garam secukupnya.
  8. Masaklah nasi seperti biasa.
  9. Ayam tadi dilumur dengan kicap dan digoreng hingga garing.






Bahan-bahan untuk sos
  • 12 biji cili kering - dikisar
  • 10 biji bawang merah - dikisar
  • 5 biji bawang putih - dikisar
  • 1 senduk sos tomato
  • 1/2 senduk sos cili
  • garam dan gula secukupnya


Cara membuat sos
  1. Panaskan minyak di dalam periuk. Tumiskan bahan-bahan yang dikisar hingga naik minyak.
  2. Kemudian tambahkan sos tomato dan sos cili. 
  3. Masak sehingga pekat. Kemudian masukkan garam dan gula secukupnya.


*** Nasi ayam ini tidak dimakan bersama sup seperti nasi ayam biasa sebaliknya boleh dimakan bersama kari ayam/daging atau dalca.
Share:

3 comments:

ain said...

psst...garam masala cam ne yek..??hehe

Tirana said...

Ada kak tirana post di FB baru ni..saja nak tunjuk garam masalla tu macam mana sebab ramai yang tak tahu. Nanti kak tirana post kat Ain punya wall.

noorlara said...

Tirana
Terima kasih kerana mahu berkongsi resepi kalau dapat rasa masakan awak tentu lebih best kan!