If you think well, you cook well...

Masak Asam Tenggiri




Bahan-bahan 
  • 5 ketul ikan tenggiri - dicuci bersih-bersih dan ditoskan
  • 5 ulas bawang merah - dihiris
  • 3 ulas bawang putih - dihiris
  • 1 biji bawang besar - dipotong bulat
  • 1 biji cili merah - dipotong memanjang
  • 1 biji cili hijau - dipotong memanjang
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • garam secukupnya
  • sedikit gula


Cara memasak.
  1. Ikan tenggiri dilumur dengan garam dan kunyit, kemudian digoreng tapi jangan sampai garing.
  2. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bawang merah dan bawang putih.
  3. Apabila bawang telah garing, masukkan air asam jawa dan biarkan mendidih.
  4. Setelah mendidih, masukkan bawang besar, cili merah, cili hijau dan ikan. Kacau rata.
  5. Akhir sekali masukkan garam dan gula secukupnya.


Share:

6 comments:

ain said...

salam kak Tirana..lamanya tak mkn ikan tenggiri msk asam ni. mcm dah terliur2 pulak.hehe

Tie said...

Salam Tirana, macam masak tauchu, cuma tak guna tauchu je.. Senang betul. Nanti Tie nak cuba laa..

Tirana said...

Ain, bulan2 puasa ni kalau nampak gambar makanan, memang terliur..hehehe

Tirana said...

Tie,

Petang semalam sebenarnya terlambat balik. Pukul enam baru mula masuk dapur so resepi ni memang menyelamatkan keadaan..hehehe

Ummul Jannati said...

Tirana... sy mintak izin share resipi ni kat facebook page sy, www.facebook.com/Nourishment4Life ye... sbg menu berpantang... :)nnt sy bg credit to you k... thank you... :)

Tirana Mutiara said...

Ummul Jannati...silakan.