If you think well, you cook well...

Asam Pedas Tumis


Bahan-bahan
  • 1 ikan jenahak (ikan-ikan lain pun boleh) - dicuci bersih-bersih
  • 1 kuntum bunga kantan
  • 7 biji bendi
  • 1 biji tomato
  • 1 cawan air asam jawa
  • 1 - 2 cawan air
  • 1 biji bawang besar - dipotong dadu
  • sedikit daun kesum
  • garam dan gula secukupnya


Bahan-bahan kisar
  • 10 biji cili kering
  • 7 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci belacan


Cara memasak
  1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bawang besar. Setelah bawang besar garing, masukkan bahan kisar dan masak hingga naik minyak.
  2. Masukkan air dan biarkan ia mendidih.
  3. Masukkan daun kesum, bunga kantan dan bendi.
  4. Masukkan ikan dan air asam jawa. Masak hingga mendidih.
  5. Masukkan pula tomato.
  6. Sebelum diangkat, masukkan garam dan gula secukup rasa.




    Share:

    Nasi Ayam Berempah



    Bahan-bahan
    • 3 cawan beras basmati - dibasuk dan ditoskan
    • 1/2 ekor ayam - dibersihkan dan dipotong ikut suka
    • 1 biji bawang besar - dipotong dadu
    • 1 batang serai - diketuk
    • 3 helai daun pandan 
    • sedikit kicap
    • garam secukup rasa


    Bahan-bahan rempah
    • 1 sudu besar ketumbar
    • 1/2 sudu besar serbuk lada hitam
    • 1 sudu kecil garam masalla
    • sedikit kunyit
    • sedikit garam


    Bahan-bahan kisar
    • 7 biji bawang merah
    • 4 biji bawang putih
    • 1 inci halia
    • 2 batang serai


    Cara memasak
    1. Ayam digaul dengan bahan-bahan rempah dan bahan-bahan kisar dan diperap selama lima jam.
    2. Panaskan sedikit minyak di dalam periuk. Tumiskan bawang besar.
    3. Apabila bawang telah layu, masukkan ayam yang telah diperap tadi. Goreng sekejap.
    4. Kemudian masukkan air secukupnya (3 cawan), daun pandan dan serai ketuk.
    5. Masak sehingga ayam empuk.
    6. Keluarkan ayam dan masukkan air rebusan tadi ke dalam rice cooker.
    7. Masukkan beras dan garam secukupnya.
    8. Masaklah nasi seperti biasa.
    9. Ayam tadi dilumur dengan kicap dan digoreng hingga garing.






    Bahan-bahan untuk sos
    • 12 biji cili kering - dikisar
    • 10 biji bawang merah - dikisar
    • 5 biji bawang putih - dikisar
    • 1 senduk sos tomato
    • 1/2 senduk sos cili
    • garam dan gula secukupnya


    Cara membuat sos
    1. Panaskan minyak di dalam periuk. Tumiskan bahan-bahan yang dikisar hingga naik minyak.
    2. Kemudian tambahkan sos tomato dan sos cili. 
    3. Masak sehingga pekat. Kemudian masukkan garam dan gula secukupnya.


    *** Nasi ayam ini tidak dimakan bersama sup seperti nasi ayam biasa sebaliknya boleh dimakan bersama kari ayam/daging atau dalca.
    Share:

    Sup Tulang Lembu



    Bahan-bahan
    • 1/2 kg tulang lembu - dicuci bersih-bersih
    • 300 gm daging lembu - dicuci dan dipotong kecil.
    • 5 biji ubi kentang - dikupas dan dibelah empat
    • 1 bungkus perencah sup tulang
    • Garam secukup rasa


    Bahan-bahan tumis
    • 1 biji bawang besar - dipotong dadu
    • 5 ulas bawang putih - dimayang
    • 1 inci halia - dimayang


    Bahan rempah
    • 5 sudu besar rempah sup
    • 2 sudu besar lada hitam ditumbuk


    Cara memasak
    1. Rebus tulang dan daging menggunakan pressure cooker. Jika tiada pressure cooker, boleh rebus macam biasa tapi mengambil masa yang agak lama.
    2. Apabila selesai proses merebus, masukkan kentang dan bungkusan perencah sup tulang dan rebus lagi sehingga kentang empuk.
    3. Di dalam periuk yang lain, panaskan sedikit minyak dan tumis bahan-bahan tumis sehingga garing.
    4. Masukkan bahan rempah dan masak sehingga naik minyak.
    5. Apabila campuran rempah tadi telah naik minyak dan berbau wangi, curahkannya ke dalam periuk yang berisi tulang, daging dan kentang. Kacau dan biarkan mendidih.
    6. Masukkan garam secukup rasa.
    7. Hiaskan dengan daun sup dan bawang goreng.
    8. Siap untuk dimakan.
    Share:

    Daging Masak Rempah Berkicap


    Bahan-bahan
    • 500 gm daging - dibersihkan dan dipotong mengikut kesukaan. 
    • 1 tomato - dibelah enam
    • 1 biji bawang besar - dipotong bulat-bulat
    • kicap
    • air asam jawa
    • garam


    Bahan-bahan rempah
    • 1 sudu besar jintan manis
    • 1 sudu besar jintan putih
    • 1 sudu kecil garam masalla
    • 1 sudu besar kaskas
    • 3sudu besar cili giling - boleh tambah jika suka pedas


    Bahan-bahan kisar
    • 6 ulas bawang merah
    • 3 ulas bawang putih
    • 1 inci halia
    • sedikit daun kari


    Cara memasak
    1. Daging direbus sehingga empuk. Untuk memudahkan, sila guna pressure cooker.
    2. Panaskan sedikit minyak di dalam periuk dan tumis bahan-bahan kisar sehingga berbau wangi.
    3. Masukkan bahan-bahan rempah dan masak hingga naik minyak.
    4. Kemudian masukkan daging berserta dengan air rebusannya. Biarkan mendidih. 
    5. Masukkan kicap dan air asam jawa. Masak sehingga kuahnya agak kering.
    6. Masukkan bawang besar dan tomato. Biarkan bawang layu sedikit.
    7. Sebelum diangkat, masukkan garam secukup rasa.
    Share:

    Siakap Masak Masam Manis


    Bahan-bahan
    • 1 ekor ikan siakap - dicuci sehingga bersih
    • 5 ulas bawang merah - dicincang halus
    • 3 ulas bawang putih - dicincang  halus
    • 1/2 inci halia - dicincang halus
    • 1 biji bawang besar - dipotong bulat-bulat
    • 1 biji tomato - dibelah enam
    • 1 biji cili merah - dibuang biji dan dipotong memanjang
    • 1 biji cili hijau - dibuang biji dan dipotong memanjang
    • sos tomato
    • sos cili
    • garam
    • gula


    Cara memasak
    1. Ikan siakap dilumur dengan garam kunyit dan disalut dengan sedikit tepung gandum, kemudian digoreng sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
    2. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bawang putih, bawang merah dan halia sehingga garing.
    3. Masukkan sos tomato dan sos cili. Jika terlalu kering, bolehlah tambah sedikit air dan biarkan mendidih.
    4. Masukkan bawang besar, cili hijau, cili merah dan tomato.
    5. Perasakan dengan garam dan gula.
    6. Angkat dan curahkan ke atas ikan yang telah diletakkan di atas pinggan.
    Share:

    Meehoon Singapura



    Bahan-bahan
    • 1 bungkus meehoon - direndam sehingga lembut
    • 200 gm daging - dipotong dan direbus sehingga empuk
    • 1-2 biji telur
    • 1 biji bawang besar - dipotong dadu
    • 5 ulas bawang putih - dicincang
    • 2 sudu lada hitam - ditumbuk halus
    • 1 biji tomato - dipotong dadu
    • sedikit kobis
    • garam secukup rasa


    Cara memasak
    1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga garing.
    2. Kemudian masukkan daging yang telah direbus tadi. Air rebusan daging jangan dibuang.
    3. Masukkan pula kobis dan tomato. Jika agak kering bolehlah tambah air rebusan daging.
    4. Masukkan telur. Biarkan sebentar hingga telur beku. Kemudian kacau rata-rata.
    5. Masukkan meehoon dan kacau lagi rata-rata.
    6. Akhir sekali masukkan lada hitam dan garam.
    7. Sedap dimakan dengan kicap yang ditambah ke dalamnya jus limau nipis dan cili padi.
    Share:

    Fish n Chips



    Bahan-bahan
    • 3 keping isi ikan kurau (fillet) - dicuci dan digaul dengan sedikit garam dan lada sulah
    • frozen french fries 
    • brocolli
    • cauliflower
    • carrot


    Bahan untuk salut ikan
    • 1/2 cawan tepung gandum
    • 1/2 cawan air
    • 2 sudu kecil instant yeast 
    • 1 biji limau nipis - diperah dan ambil jusnya.
    • sedikit serbuk lada putih
    • sedikit garam

    Cara membuat tepung untuk menyalut ikan
    1. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk dan kacau rata hingga tepung tidak berketul.
    2. Tinggalkan pada suhu bilik selama 1 hingga 2 jam.



    Bahan untuk mushroom sauce
    • tulang ayam - direbus dan ambil airnya
    • 1 biji bawang besar - dipotong dadu
    • beberapa biji cendawan butang - dihiris nipis-nipis
    • sedikit kicap
    • sedikit tepung gandum - dibancuh dengan sedikit air
    • garam secukup rasa.


    Cara memasak mushroom sauce
    1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang besar. 
    2. Apabila bawang telah layu, masukkan air rebusan tulang ayam dan biarkan mendidih.
    3. Masukkan cendawan dan kicap.
    4. Untuk memekatkan kuah, masukkan tepung gandum yang telah dibancuh dengan sedikit air.
    5. Biarkan mendidih dan masukkan garam secukup rasa.

    *** Credit to Bil for this mushroom sauce recipe.


    Cara memasak fish n Chips
    1. Semua jenis sayur dikukus tetapi jangan terlalu lama.
    2. French fries digoreng hingga kekuningan.
    3. Panaskan minyak dalam kuali. Gunakan minyak yang banyak untuk deep fry.
    4. Biarkan minyak betul-betul panas.
    5. Celup ikan ke dalam adunan tepung dan goreng hingga kekuningan.
    6. Sedap dimakan panas-panas dengan french fries, steamed veges dan mushroom sauce.






    Share:

    Masak Asam Tenggiri




    Bahan-bahan 
    • 5 ketul ikan tenggiri - dicuci bersih-bersih dan ditoskan
    • 5 ulas bawang merah - dihiris
    • 3 ulas bawang putih - dihiris
    • 1 biji bawang besar - dipotong bulat
    • 1 biji cili merah - dipotong memanjang
    • 1 biji cili hijau - dipotong memanjang
    • 1/2 cawan air asam jawa
    • garam secukupnya
    • sedikit gula


    Cara memasak.
    1. Ikan tenggiri dilumur dengan garam dan kunyit, kemudian digoreng tapi jangan sampai garing.
    2. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bawang merah dan bawang putih.
    3. Apabila bawang telah garing, masukkan air asam jawa dan biarkan mendidih.
    4. Setelah mendidih, masukkan bawang besar, cili merah, cili hijau dan ikan. Kacau rata.
    5. Akhir sekali masukkan garam dan gula secukupnya.


    Share:

    Nasi Malaya



    Bahan-bahan
    • 4 cawan beras basmathi - dicuci bersih-bersih dan ditoskan
    • 3 camca besar masak
    • 4 cawan air
    • 1/4 cawan kismis
    • Sedikit pewarna kuning
    • Garam secukup rasa.


    Bahan-bahan tumis
    • 1 biji bawang besar - dipotong dadu
    • 3 ulas bawang putih - dicincang
    • 1 inci halia - dicincang
    • kayu manis
    • bunga lawang
    • buah pelaga
    • bunga cengkih


    Cara memasak
    1. Masukkan beras ke dalam rice cooker
    2. Panaskan minyak di dalam periuk lain dan tumis bahan tumis hingga naik bau.
    3. Masukkan kismis dan goreng sebentar.
    4. Masukkan pula air dan biar mendidih.
    5. Apabila mendidih, padamkan api dan tuang ke dalam rice cooker.
    6. Tambah garam secukup rasa, kacau rata dan masak nasi seperti biasa.
    7. Apabila nasi telah hampir kering, titiskan 2-3 titik pewarna kuning, gembur nasi dan biarkan nasi masak sepenuhnya.


    ***Sedap dimakan dengan Ayam Bakar Malaya.
    Share:

    Ayam Bakar Malaya



    Bahan-Bahan
    • 3 keping  ayam bahagian paha/drumstick - di cuci bersih
    • 1 biji bawang besar - dihiris bulat
    • 1 biji lemon/ limau nipis - dihiris bulat
    • 3 helai daun pandan
    • Garam secukup rasa


    Bahan-bahan rempah
    • 1/4 sudu kecil garam masalla
    • 1/4 sudu kecil serbuk ketumbar
    • 1/4 sudu kecil serbuk jintan manis
    • 1/4 sudu kecil serbuk lada hitam
    • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
    • 1 sudu kecil serbuk rempah campuran (mixed herbs)




    Cara Memasak:
    1. Gaul rata ayam dengan semua bahan rempah dan garam. Perapkan dalam 30 minit.
    2. Alaskan dulang pembakar dengan aluminium foil (boleh juga di alas dengan daun pisang)
    3. Susunkan  hirisan limau nipis, bawang besar dan daun pandan di dalam dulang yang beralas  foil tadi.
    4. Kemudian susun ayam di atasnya. Tutup dulang dengan foil aluminium.
    5. Bakar pada suhu 250^c selama 1 jam.
    6. Keluarkan dulang dan cucuk foil dengan garfu untuk buat lubang.
    7. Masukkan semula ke dalam oven dan bakar lagi selama 10 minit.


    Share:

    Ikan Siakap Kukus




    Bahan-bahan
    • 1 ekor ikan siakap - dicuci bersih-bersih dan ditoskan airnya
    • sedikit daun limau purut

    Bahan-bahan untuk perap
    • 4 biji cili padi - ditumbuk hingga lumat
    • 1 biji cili merah - ditumbuk hingga lumat
    • 2 ulas bawang putih - ditumbuk hingga lumat
    • 2 batang serai - dihiris halus
    • 1 sudu besar minyak
    • 2 sudu besar kicap
    • 1 biji limau nipis - diperah dan diambil jusnya
    • 1 biji cili hijau - dipotong serong.
    • garam secukup rasa.


    Cara memasak
    1. Sediakan dulang/pinggan yang tahan panas. Letakkan daun limau purut, kemudian letakkan ikan.
    2. Satukan kesemua bahan-bahan perap di dalam sebuah bekas dan dikacau rata-rata.
    3. Taburkan di atas ikan.
    4. Kukus ikan selama lebih kurang 15 minit atau sehingga ikan masak.


    Share:

    Ayam Goreng Pedas



    Bahan-bahan
    • 1/2 ekor ayam - dibersihkan dan dipotong mengikut kesukaan.
    • 1 biji bawang besar - dipotong bulat
    • 3 sudu besar cili giling
    • 1 sudu teh garam masalla
    • 5 sudu besar kicap
    • sedikit gula
    • garam secukup rasa


    Bahan-bahan kisar
    • 10 biji bawang merah
    • 5 biji bawang putih
    • 1/2 inci halia
    • 2 batang serai


    Cara memasak
    1. Ayam digaul dengan garam kunyit dan digoreng tapi jangan terlalu garing. Ketepikan.
    2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bahan-bahan kisar hingga naik bau.
    3. Masukkan cili giling dan garam masalla. Masak hingga pecah minyak sambil dikacau sekali sekala.
    4. Masukkan pula kicap, garam dan gula. Jika agak kering bolehlah masukkan sedikit air.
    5. Masukkan bawang besar diikuti dengan ayam yang telah digoreng tadi.
    6. Kacau rata-rata, kemudian bolehlah diangkat.



    Share:

    Makaroni Bakar Berkeju



    Bahan-bahan
    • 2 cawan makaroni - direbus hingga lembut dan ditoskan
    • 1 biji bawang besar (saiz kecil) - dipotong dadu
    • 3 biji bawang putih - dicincang
    • 100 gm daging cincang
    • 1 batang karot (saiz kecil) - dipotong dadu
    • 1/2 capsicum hijau
    • 1/2 capsicum merah
    • 2 helai kobis - dipotong kecil
    • 1 biji telur
    • 3 sudu besar sos tomato
    • 1 sudu besar serbuk cili
    • 1 sudu teh garam masalla
    • Garam secukupnya
    • Parutan keju secukupnya

    Cara memasak
    1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga garing.
    2. Masukkan daging cincang. Kacau rata-rata.
    3. Masukkan serbuk cili, garam masalla dan sos tomato. Biarkan mendidih.
    4. Masukkan karot, capsicum dan kobis. Kacau lagi.
    5. Kemudian masukkan telur dan garam.  Kacau rata-rata.
    6. Akhir sekali masukkan makaroni yang telah direbus tadi. Gaul hingga sebati.
    7. Masukkan campuran makaroni ke dalam loyang atau pinggan yang tahan panas. Taburkan parutan keju di atasnya dan bakar dalam ketuhar selama 15 minit dengan kepanasan 170^C.

    Share:

    Rendang Daging Berkentang



    Bahan-bahan
    • 500gm daging - dibersihkan dan dipotong mengikut kesukaan
    • 1 cawan santan
    • 3 biji kentang - dibuang kulit dan dibelah empat
    • 3 helai daun limau purut
    • 1 sudu teh garam masalla
    • 2 keping asam gelugor
    • garam secukup rasa

    Bahan-bahan kisar
    • 1 biji bawang besar
    • 5 biji bawang putih
    • 1/2 inci lengkuas
    • 1/2 inci halia
    • 3 batang serai
    • 10 biji cili kering

    Cara memasak
    1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk dan tumiskan bahan-bahan kisar hingga naik minyak.
    2. Masukkan garam masalla, daging, kentang dan daun limau purut. Masak hingga daging dan kentang empuk.
    3. Masukkan santan dan asam gelugor. Biarkan mendidih dengan api yang sederhana hingga kuah menjadi agak pekat.
    4. Sebelum diangkat, masukkan garam secukup rasa.
    Share:

    Ayam Percik



    Bahan-bahan
    • 1/2 ekor ayam
    • 1 cawan santan pekat
    • 3 sudu besar gula perang


    Bahan-bahan kisar
    • 1 biji bawang besar
    • 1/2 inci halia
    • 1/2 inci lengkuas
    • 1/2 inci kunyit hidup
    • 5 biji  bawang putih
    • 2 batang serai
    • 10 biji cili kering


    Cara memasak

    1. Masukkan semua bahan kisar ke dalam periuk. Tambah santan dan jerang di atas api hingga mendidik.
    2. Apabila sudah mendidih, masukkan ayam.
    3. Biarkan di atas api hingga ayam separuh masak.
    4. Kemudian keluarkan ayam dari kuah dan panggang hingga masak.
    5. Semasa memanggang, percikkan kuah.
    6. Ayam boleh juga dibakar di dalam ketuhar lebihkurang 60 minit dengan kepanasan 150^C (alih-alihkan ayam sambil percikkan kuah)



    Share: