If you think well, you cook well...

Kek Keju Mempelam


 
 
Ini kali kedua cuba buat kek keju mempelam. Kali pertama dulu, tak sempat nak snap gambar. Kali kedua ni pun nyaris-nyaris tak sempat. Cheesecake menjadi favourite saya dan Amani. Dan memang kami berdua aje yang habiskan dalam masa 24jam..hehehe. Terimakasih pada Along Roz sebab resepi ni saya ambil dari blog dia. Rasa dah ok, sedap...cuma bab decoration memang saya tak kreatif. Along Roz punya cheesecake memang cantik. Saya punya setakat nak makan anak beranak, ok la kot tapi kalau nak jamu orang..hmmm..malu rasanya..hehehe. Dalam pada tak cantik tu pun ada orang minta resepi. Sila masuk blog Along Roz untuk original recipe dan jamu mata tengok gambar cheesecake Along yang cantik dan menyelerakan. Resepi saya seperti di bawah…


Bahan untuk lapisan bawah
  • 110gm mentega
  • 2 sudu makan gula perang
  • 200gm biskut marie (original flavor) - dihancurkan


Cara buat lapisan bawah
  1. Cairkan mentega dan gula perang.
  2. Masukkan campuran mentega dan gula perang yang telah cair ke dalam biskut marie. Kacau rata-rata.
  3. Tekankan adunan ke dalam acuan kek keju.
  4. Sejukkan di dalam petiais selama 30 minit.


Bahan untuk lapisan keju
  • 250gm krim keju
  • 1/2 cawan gula kastor
  • 200ml whipping cream
  • 1 cawan puri mempelam (saya guna 2 biji isi mempelam siam dikisar untuk dijadikan puri)
  • 1 sudu makan gelatin - dilarutkan dalam 1/4 air yang dipanaskan.


Cara buat lapisan keju
  1. Putar krim keju dan gula sehingga ringan.
  2. Masukkan whipping cream dan putar lagi sehingga kental.
  3. Masukkan puri mempelam dan kacau rata-rata.
  4. Akhir sekali masukkan larutan gelatin dan kacau.
  5. Tuangkan lapisan keju ke atas lapisan biskut marie dan sejukkan di dalam petiais selama semalaman.

 
Oleh kerana saya dan Amani tidak berapa minat kepada jem dan topping yang berkrim   saya cuma hiaskan dengan hirisan mempelam segar. Mungkin lain kali, saya akan cuba buat jelly topping. Kek keju yang simple seperti ini bukanlah sukar untuk dibuat cuma kena ada kerajinan..hehehe.. Ikut saja arahan cara membuatnya, insyaAllah jadi. Selamat mencuba!

Share:

4 comments:

Nadiah Sidek said...

salam kak tirana. 1st time komen kat blog resipi kak tirana..hehe..

baru ingat nak cuba tapi bila tgk ada gelatin terus tak jadi. rsnya mcm takde gelatin halal kat sini. kalau ada blh la buat nnt. suami nadiah peminat cheesecake. nadiah mmg tak mkn la

Tirana said...

Nadiah, kat oversea memang payah nak cari gelatin yang halal. Kak tirana guna gelatin keluaran halagel.

ila said...

Salam,hi kak,

sy nk tanye,nak sejukkan cheesecake tu semalaman tu berapa lame?? 24hours ker? texture die kene betul2 keras ker n bile potong x melekat kt pisau? Thanx

Tirana said...

Salam Ila,

semalaman tu maksudnya kalau buat petang, esok pagi baru boleh makan, kalau buat pagi, mungkin malam dah boleh makan, paling kurang 12 hrs chilled. Texture memang keras dan boleh dipotong dengan pisau tanpa melekat kalau cukup chilling time. Sebelum potong boleh tekan2 lapisan cheese tu dengan jari untuk testing samada dia dah cukup keras ke belum.