Hati Lembu Masak Kicap Berempah



Bahan-bahan
  • 500gm hati lembu (dipotong nipis-nipis)
  • sedikit kicap
  • sedikit air asam jawa
  • sedikit gula
  • sedikit minyak
  • garam secukup rasa
  • 1 biji bawang besar (optional) - dihiris bulat
  • 1/2 capsicum merah (optional) - dihiris memanjang
  • 1/2 capsicum hijau (optional) - dihiris memanjang


Bahan rempah  - (dibancuh dengan sedikit air untuk dijadikan pes)
  • 2-3 sudu besar cili giling
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar
  • 1/2 sudu besar serbuk jintan putih
  • 1/2 sudu besar serbuk jintan manis


Bahan kisar
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia


Cara Memasak
  1. Panaskan minyak di dalam periuk dan tumiskan bahan kisar hingga garing.
  2. Masukkan bahan rempah dan masak hingga pecah minyak
  3. Masukkan hati, kicap dan air asam jawa. Biarkan mendidih.
  4. Kemudian masukkan gula dan garam secukup rasa.
  5. Masak hingga kuahnya agak pekat.
  6. Akhir sekali masukkan bawang, capsicum merah dan capsicum hijau.



4 comments:

Ely Hasrul said...

fav sungguh meni nih! suka mkn time raya ngan nasik impit.. hihihi sedap!!

Tirana said...

Ely, nanti raya boleh lah cuba resepi ni..hehehe

ain said...

salam kak tirana. ist time sy mkn hati lembu msk kicap ms kat asrama. mula2 tu mcm tok leh nak telan sbb ada bau rumput sikit. tp pas tu, okay aje.hehe

Tirana said...

Ain, kak tirana jarang sangat makan hati lembu..sesekali aje beli.