Nasi Arab



Bahan-bahan
  • 3 cawan beras basmati - dicuci dan ditoskan
  • 100 gm isi ayam - dipotong ikut suka
  • 1 sudu kecil jintan manis (serbuk)
  • 1 sudu kecil jintan putih (serbuk)
  • 1 biji tomato - dipotong dadu
  • sedikit minyak sapi
  • sedikit kismis
  • sedikit bawang goreng
  • garam secukup rasa



Bahan-bahan kisar
  • 6 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia


Bahan-bahan tumis
  • 1 biji bawang besar - dipotong dadu
  • kulit kayu manis
  • buah pelaga
  • bunga cengkih 
  • bunga lawang


Cara memasak
  1. Bancuhkan jintan manis dan jintan putih dengan sedikit air untuk dijadikan pes
  2. Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan minyak sapi.
  3. Tumiskan bahan-bahan tumis. Biarkan bawang besar layu.
  4. Masukkan bahan-bahan kisar  dan campuran pes jintan. Kacau sehingga pecah minyak dan naik bau.
  5. Masukkan isi ayam dan kacau sebentar.
  6. Masukkan air secukupnya dan biarkan ia mendidih.
  7. Apabila telah mendidih, tuangkan ke dalam rice cooker serta masukkan beras dan masaklah nasi seperti biasa. Tambah sedikit garam.
  8. Apabila nasi sudah masak, taburkan kismis dan bawang goreng. Kacau rata sebelum dihidangkan.


1 comments:

ain said...

salam kak tirana. Tu hari masa pi visit hubby kat doha, makan ns arab!! Sedapnya kakkk!! mkn nasi semata2 pun dh sedap sgt! cuma lauk yg dilawan ngan ns tu berbeza dr kita lah. depa punya very simple, ayam goreng rempah atau daging rebus berempah je. tu pun sdp gak!