Kuih Lompang Gula Merah



Bahan-bahan
  • 2 cawan tepung beras
  • 1 cawan gula merah
  • 1/2 cawan gula pasir
  • sedikit kelapa parut - digaul dengan sedikit garam


Cara memasak
  1. Tepung dibancuh dengan 2 cawan air. Kacau rata-rata supaya tidak berketul.
  2. Campur gula merah dan gula pasir. Masakkan campuran gula dengan 2 cawan air.
  3. Apabila gula sudah mendidih, tuangkan kedalam campuran tepung sambil dikacau agar tidak berketul.
  4. Sediakan kukusan. Panaskan acuan sebentar sebelum dituang adunan ke dalamnya.
  5. Tuangkan adunan dan masak selama 15 minit.
  6. Biarkan kuih lompang sejuk di dalam acuan sebelum dicungkil keluar.
  7. Hiaskan dengan kelapa parut di atasnya sebelum dihidangkan.

3 comments:

AngahSayang2314 said...

cedapnyer nak try la... angah dah la suke kuih niee yum..yum...

ain said...

senangnya nak buattt!!!

uno said...

hmmm its very nice..looks great