Puding Kastad Berlapis







Bahan-bahan
  • 25gm agar-agar
  • 4 cawan air
  • 1 cawan gula
  • 100gm mentega
  • 4 biji telur - ambil merahnya sahaja
  • 1 tin (400gm) susu cair
  • 3 sudu besar tepung kastad - dibancuh dengan sedikit air
  • pewarna merah, hijau dan koko

Cara memasak
  1. Basuh agar-agar dan masak dengan 4 cawan air hingga hancur.
  2. Bila agar-agar telah hancur, masukkan gula.
  3. Pukul mentega hingga kembang. Masukkan telur dan pukul hingga sebati.
  4. Masukkan susu cair dan campuran tepung kastad. Kacau hingga sebati.
  5. Masukkan campuran ini ke dalam agar-agar yang telah mendidih. Kacau rata.
  6. Bahagikan adunan agar-agar kepada 4 bahagian - 3 bahagian dibubuh warna yang berlainan iaitu merah, hijau dan koko sementara 1 bahagian lagi dibiar dengan warna asal.
  7. Sediakan loyang, masukkan separuh adunan yang berwarna asal. Tunggu sehingga lapisan itu beku, baru masukkan bahagian yang berwarna hijau. Ulang proses dengan bahagian yang berwarna merah dan koko. Lapisan atas sekali, letakkan bahagian warna asal yang berlebihan tadi.
  8. Sejukkan di dalam peti sejuk kemudian bolehlah keluarkan dari acuan.

Sambal Goreng Paru



Bahan 1
  • 1kg paru direbus dengan sedikit halia, dg garam sehingga ¾ empuk. Sejukkan, toskan dan dipotong dadu. Kemudian digoreng dan ketepikan.
  • 1 biji bawang besar - dihiris
  • 2 helai daun salam
  • 2 helai daun limau purut
  • 2 cawan santan dari 1 biji kelapa parut
  • ½ cawan bawang goreng
  • Minyak untuk menumis
  • Garam dan gula secukup rasa

Bahan 2 - dikisar

  • 30 biji lada kering
  • 10 biji gajus, direndam
  • 2 cm belacan

Bahan 3 - dihiris dan digoreng hingga layu
  • 15 biji lada merah
  • 15 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 batang serai
  • Sedikit lengkuas

Cara memasak
  1. Panaskan minyak  dan tumis bawang besar.
  2. Tumis bawang besar sehingga kuning.
  3. Masukkan bahan kisar dan kacau hingga naik baunya
  4. Bila naik aromanya, masukkan santan, daun limau purut dan daun salam. Biarkan sehingga mendidih.
  5. Setelah itu masukkan paru, bahan-bahan hiris yang digoreng layu, garam dan gula. Gaul sampai rata.
  6. Biarkan ia mendidih sehingga semua bahannya masak, kuahnya pekat dan rasanya lazat.
  7. Akhir sekali tabur bawang goreng.

*** Jika suka boleh tambah tempe dan tauhu keping yang telah digoreng terlebih dahulu. Juga boleh tambah lobak merah dan kacang panjang yang dipotong memanjang.
***Resepi ini saya dapat daripada seorang kawan yang berasal dari Singapura. Terimakasih!



Ikan Bawal Goreng Pedas



Bahan-bahan
  • 1 ekor ikan bawal (berat lebihkurang 500gm) - bersihkan dan kerat ekornya
  • 1 sudu makan jus limau nipis
  • 1 sudu teh garam
  • 200 ml air
  • minyak goreng

Bahan kisar
  • 10 tangkai cili kering
  • 5 tangkai cili api merah
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 sudu teh garam

Cara memasak
  1. Lumuri ikan dengan garam dan jus limau nipis dan perapkan sebentar. 
  2. Panaskan minyak, goreng ikan bawal hingga garing, angkat dan toskan minyak.
  3. Tinggalkan sedikit minyak goreng ikan dalam kuali, tumis bahan kisar hingga naik baunya. 
  4. Masukkan air, masak hingga mendidih, masukkan ikan bawal dan renihkan hingga kuahnya meresap masuk ke dalam ikan.


Udang Masam Manis

Mula-mula plan nak masak Udang Galah Bercili - resepi dari blog Cikgu Hazlin (tengok gambar masakan tu memang mengancam) tapi cari udang galah di pasar, tak jumpa pulak. Saya dah janji dengan anak-anak nak masak udang jadi terpaksalah ubah menu. Beli udang biasa dan masak masam manis. Ada beberapa bahan yang saya ubah dari resepi Udang Galah Bercili Cikgu Hazlin. Inilah hasilnya.



Bahan-bahan
  • 500gm udang (saiz sederhana)
  • 5 ulas bawang merah - dihiris halus
  • 3 biji bawang putih - dihiris halus
  • 3 sudu besar cili kisar
  • 1 biji limau nipis - perah dan ambil jusnya
  • daun bawang - dihiris memanjang
  • kobis bunga - dihiris kecil
  • gula
  • garam

Cara memasak
  1. Udang dibersihkan, dilumur garam kunyit dan di goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga kekuningan dan berbau wangi.
  3. Masukkan cili kisar dan kacau hingga naik minyak.
  4. Kemudian masukkan udang, kobis bunga dan kacau hingga sebati.
  5. Perahkan jus limau nipis ke dalam masakan dan kacau lagi.
  6. Tambah garam dan gula secukup rasa.
  7. Akhir sekali masukkan daun bawang dan tutup api.

Ikan Kukus Tomato



Bahan-bahan
  • 1 ekor ikan kerapu (atau ikan siakap)
  • 1 biji tomato (dihiris bulat)
  • 1 batang lobak merah (dihiris bulat)
  • 2 biji lada merah (dihiris halus)
  • 1/2 inci halia (dihiris halus)
  • 3 sudu  besar minyak bijan (minyak biasa pun boleh)
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu teh madu
  • garam secukup rasa
  • sedikit  daun ketumbar

Cara memasak
  1. Campurkan bersama  minyak bijan, sos tiram, kicap cair, madu dan garam.
  2. Letakkan ikan di dalam bekas/loyang.
  3. Lobak merah, lada merah, buah tomato, halia muda , dan daun ketumbar ditaburkan di atas dan di sekeliling ikan.
  4. Tuangkan campuran dari no. 1 ke atas ikan.
  5. Kukus ikan selama 20 minit.

Daging Bumbu Bali



Bahan-bahan
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 1/2 cawan santan pekat
  • 500 gm daging lembu - dipotong-potong
  • 3 helai daun limau purut
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 3 biji tomato - dibelah empat
  • garam secukup rasa

Bahan-bahan dikisar halus
  • 5 biji buah keras
  • 8 tangkai cili merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 cm halia
  • 1 sudu teh kunyit serbuk

Cara memasak
  1. Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar sehingga wangi. 
  2. Masukkan daging, santan dan daun limau purut. Renihkan sehingga kuahnya pekat.
  3. Tambah kicap dan garam
  4. Masukkan tomato dan masak lagi 5 minit.

*** Resepi dari buku resepi Chef Wan.




Nasi Pilaf Daging Jamaica



Bahan-bahan
  • 2 cawan beras basmati
  • 1 cawan santan (saya guna susu)
  • 1 cawan air rebusan ayam (saya guna air biasa)
  • 1/4 cawan mentega (saya guna minyak biasa)
  • 300 gm daging lembu - dihiris nipis-nipis
  • 3 sudu besar serbuk rempah kari daging
  • 3 sudu besar kismis hitam (saya guna golden kismis)
  • 3 tangkai cili hijau - dihiris halus-halus
  • 3 biji tomato - dibuang biji dan didadu
  • 2 sudu besar hirisan daun ketumbar (saya tak guna sbb terlupa nak beli)
  • garam secukup rasa

Bahan tumis
  • 3 ulas bawang merah - dikupas dan dicincang halus
  • 3 ulas bawang putih - dikupas dan dicincang halus
  • 1 cm halia - dikupas dan dicincang halus
  • 1 cm kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga cengkih

Cara memasak
  1. Panaskan mentega dalam periuk besar, tumis bahan-bahan tumis hingga perang dan naik baunya.
  2. Masukkan rempah kari daging dan kacau. Tambah daging dan kismis hitam.
  3. Campurkan cili hijau dan tomato. Perasakan dengan garam
  4. Masukkan beras dan kacau rata-rata sebelum ditambah dengan santan dan air rebusan ayam.
  5. Campur daun ketumbar dan masak sehingga cecair terserap. Kecilkan api, tutup periuk dan tanak nasi selama 7 minit lagi.

*** Resepi dari buku resepi Chef Wan. Saya modify resepi ni ikut citarasa saya. Rasanya memang superb!

Puding Roti Marble

Anak perempuan saya telah beberapa hari asyik bertanya,"Mummy, when are you going to make that pudding?" Hari itu, waktu saya menjelajah blog Kamsiah, dia sudah ternampak 'puding roti marble' dan resepinya. Maka sejak itulah dia asyik bertanya hingga tidak senang duduk saya dibuatnya. Jadi hari ini, untuk memuaskan hatinya, saya cuba buat puding roti marble dengan syarat dia membantu saya di dapur. Benda yang dia nak makan, memang dia akan sanggup menolong...hehehe.. Original resepi boleh dicari di blog Kamsiah. Saya telah modify sedikit sebanyak mengikut citarasa saya sendiri. So hasilnya adalah seperti ini...



Bahan-bahannya
  • 1 bungkus agar-agar (lebihkurang 35 gm)
  • 5 cawan air
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan gula
  • 5 keping roti
  • 2 biji telur
  • 2 sudu besar serbuk koko - dibancuh dengan sedikit air panas

Cara memasak
  1. Agar-agar direbus hingga hancur dengan 5 cawan air. Setelah hancur tapiskan.
  2. Susu cair, roti, gula dan telur dikisar sekali hingga sebati.
  3. Masukkan bahan yang dikisar tadi ke dalam agar-agar dan biarkan mendidih sekejap.
  4. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian dimasukkan adunan koko dan dikacau rata. Satu bahagian lagi dibiarkan dengan warna asal.
  5. Sediakan loyang. Masukkan adunan berselang seli hingga habis. Sejukkan di dalam peti sejuk.
  6. Setelah puding beku, bolehlah dikeluarkan dari acuan.