Khasiat serai

Gambar dari wikipedia


Serai terdiri daripada beberapa sebatian dan kandungan utamanya ialah sitral iaitu sejenis aldehide. Peratusan sitral dalam minyak pati serai adalah antara 65% hingga 85%. Sebatian-sebatian lain yang mempunyai lebih rendah peratusannya termasuklah linalol, geraniol, citronellal, citronellol, farnesol, limonene dan nerol. Air rebusan serai yang sedikit pedas merupakan minuman berkhasiat untuk merawat sakit kepala, menghilangkan kembung dan menyegarkan tubuh.



Sumber: Majalah Rasa April 2009

Salad Ceaser

Photobucket


Bahan-bahan
  • 300 gm Salad Romaine
  • 100 gm isi ayam (bahagian dada)- dipotong memanjang
  • 4 keping roti - dipotong dadu
  • 3 ulas bawang putih - dihiris halus
  • 5 biji tomato ceri
  • Ceaser Salad Dressing secukupnya (boleh juga guna mayonis)
  • Cheese Parmesan secukupnya


Cara memasak
  1. Salad Romaine dibersih dan ditoskan untuk keringkan airnya.
  2. Potong Salad Romaine sekadar untuk satu suapan. Letakkan di dalam peti sejuk.
  3. Isi ayam dilumur garam kunyit dan disalai hingga masak. Ketepikan.
  4. Panaskan sedikit mentega di dalam kuali. Tumiskan bawang putih. Kemudian masukkan roti. Kacau hingga roti menjadi garing. Angkat dan ketepikan.
  5. Di dalam sebuah mangkuk besar, masukkan salad Romaine yang telah dipotong tadi. Tambah salad dressing dan gaul rata-rata.
  6. Ketika menghidangnya, letakkan ayam salai, roti goreng dan tomato ceri. Tambah sedikit lagi salad dressing dan taburkan cheese parmesan.
  7. Sedia untuk dimakan.

Photobucket


Nasi Goreng Serai

Nasi Goreng Serai


Bahan-bahan
  • 2 mangkuk nasi putih
  • 100 gm isi ayam - dipotong dadu
  • 5 ulas bawang merah - dihiris halus
  • 3 ulas bawang putih - dihiris halus
  • 2 batang serai - dihiris halus
  • 1 biji cili merah - dibuang biji dan dipotong menyerong
  • 2 batang sawi - dipotong selebar satu inci
  • Garam secukup rasa


Cara memasak
  1. Panaskan minyak di dalam kuali.
  2. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan serai. Kacau hingga naik bau.
  3. Masukkan isi ayam dan kacau lagi hingga daging ayam masak.
  4. Masukkan sawi dan cili merah. Kacau sekejap.
  5. Masukkan nasi putih dan garam. Kacau rata-rata.


***Sesuai untuk anak-anak kecil kerana nasi goreng ini tidak pedas. Boleh dimakan bersama ikan bilis goreng atau telur goreng.

Ayam Masak Hitam

Ayam Masak Hitam

Bahan-bahannya
  • 1/2 ekor ayam - dipotong kecil, dibersih dan ditoskan.
  • 8 ulas bawang merah - dihiris halus
  • 3 ulas bawang putih - dihiris halus
  • 3 sudu makan cili giling
  • 5 sudu makan kicap manis
  • kunyit secukupnya
  • garam secukupnya


Bahan kisar
  • 1 biji bawang besar
  • 2 batang serai


Cara memasak

  1. Ayam dilumurkan dengan garam dan kunyit kemudian digoreng hingga masak. Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan goreng bawang merah dan bawang putih yang telah dihiris halus tadi. Goreng sehingga keperangan.
  3. Masukkan bawang besar dan serai yang telah dikisar.
  4. Kacau hingga naik bau.
  5. Masukkan cili giling dan masak hingga naik minyak.
  6. Masukkan kicap dan kacau lagi. Jika agak kering, bolehlah dimasukkan sedikit air.
  7. Akhir sekali masukkan ayam dan kacau rata. Rasa garamnya sebelum diangkat.

***Sedap dimakan panas-panas dengan nasi putih atau nasi berperisa.

Tauhu bantu cegah kanser?

Gambar dari wikipedia


Tauhu merupakan produk kacang soya yang sangat penting kerana mengandungi nilai gizi yang tinggi. Kajian terhadap wanita Jepun memperlihatkan peratusan risiko kanser payudara rendah kerana pengambilan tauhu dan kacang soya yang tinggi di sana. Malah, hasil daripada kajian selama 20 tahun di Amerika membuktikan bahawa lelaki yang kemarkan susu kacang soya dapat mengurangkan risiko pengembangan kanser prostat sebanyak 70% berbanding mereka yang tidak menggemarinya. Hal ini disebabkan oleh kandungan isoflavon yang terdapat di dalam tauhu dan kacang soya mampu melawan kanser dan kesan fitoestrogen.

Sumber: Majalah Rasa, Mei 2009


Tirana: Info di atas mengatakan bagus tauhu dan kacang soya tapi ada juga info yang mengatakan yang sebaliknya. Baru-baru ini saya terbaca di blog Aie tentang soya. Dia pun confuse tentang soya ini. Ada percanggahan pendapat. Ada kajian yang mengatakan susu soya menyebabkan kanser payudara.. Yang mana satu betul ni agaknya... Sesiapa yang ada fakta tentang ini bolehlah berkongsi dengan saya di sini...