Petua mencuci blender

Blender yang telah lama digunakan akan kelihatan pudar warnanya lebih-lebih lagi blender plastik. Untuk membersihkan blender yang kusam warnanya, cubalah petua di bawah. Caranya mudah saja.
  1. Masukkan sedikit air dan sedikit bahan pencuci ke dalam blender/mixer
  2. Ambil kulit telur dan masukkan sekali ke dalam blender/mixer tersebut
  3. 'ON' kan blender/mixer anda tu sehingga beberapa ketika




Lihatlah hasilnya. Kulit telur yang anda masukkan ke dalam blender/mixer tersebut akan hancur setelah anda 'ON?' blender/mixer tersebut. Kulit telur yang telah hancur itu sebenarnya berperanan sebagai 'pemberus' bagi mencuci blender anda.


Selain blender/mixer, petua ini juga boleh digunakan untuk membasuh bekas minuman/botol air/kole air yang sukar untuk dibasuh. Caranya ialah:
  1. Masukkan sedikit air dan sedikit bahan pencuci ke dalam bekas minuman/kole air
  2. Masukkan kulit telur yang telah dihancurkan
  3. Goncangkan bekas minuman/botol air/kole air sehingga kotoran hilang



Mudahkan petua ini? Cubalah! Kemudian, ajarkanlah petua yang hebat ini kepada ibu atau makcik anda nanti. Nescaya pasti ibu dan makcik anda akan berterima kasih kepada anda.


Sumber: Koleksi Petua

Paprik

Paprik


Bahan-bahan
  • ½ ekor ayam - dipotong kecil2
  • 4 ulas bawang merah - ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih - ditumbuk
  • 5 biji cili padi - ditumbuk
  • 1 biji bawang besar - dimayang
  • 1 batang serai - dititik
  • 1 biji buah tomato - dibelah empat
  • 1 biji limau nipis
  • beberapa helai daun limau purut
  • sedikit bunga kobis, kacang buncis, lobak merah dan jagung muda - semua di potong memanjang
  • sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis

Cara memasak
  1. Panaskan minyak di dalam kuali. Gorengkan ayam sampai masak tetapi jangan terlalu garing.
  2. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili yang telah ditumbuk. Kacau dan biarkan sekejap.
  3. Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis. Biarkan mendidih. Kemudian masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran. Jika kering, bolehlah tambahkan sedikit air.
  4. Bila mendidih, masukkan bawang besar dan buah tomato. Semasa menghidang, perahkan jus limau nipis.

Kek Pelangi

Kek Pelangi

Bahan-bahan
  • 250gm mentega
  • 2 sudu teh esen vanila
  • 1 1/2 cawan gula kastor
  • 4 biji telur
  • 4 cawan tepung naik sendiri - diayak
  • 1 cawan susu
  • sedikit pewarna mengikut kesukaan - saya guna warna hijau, merah dan koko
  • secubit garam

Cara memasak
  1. Panaskan oven pada suhu 170^C
  2. Sapukan loyang pembakar yang bergaris pusat 8 inci dengan sedikit mentega. Ketepikan.
  3. Pukul mentega dan vanila hingga putih, tambah gula dan pukul lagi sehingga kembang dan ringan.
  4. Masukkan telur satu demi satu dan pukul rata setiap kali telur ditambah.
  5. Masukkan tepung berselang seli dengan susu.
  6. Setelah sebati semuanya, bahagikan adunan kepada beberapa bahagian mengikut pewarna yang dipilih (saya bahagi kepada empat bahagian untuk warna hijau, merah, koko dan warna original adunan)
  7. Tambahkan pewarna kepada setiap adunan dan kacau rata-rata.
  8. Masukkan adunan berselang-seli ke dalam loyang pembakar.
  9. Bakar pada suhu 170^C selama lebih kurang 50 minit.
  10. Biarkan kek sejuk sebelum dikeluarkan dari loyang.