Ayam Goreng Madu Berempah

Photobucket

Bahan-bahan
  • 1/2 ekor ayam - dipotong enam
  • 1 sudu makan serbuk kari daging
  • 3 sudu makan madu
  • 2 sudu makan sos tomato
  • 1 sudu makan gula merah
  • 1 biji bawang besar - dipotong bulat
  • 4 ulas bawang putih - dikisar
  • 1 inci halia - dikisar
  • 10 tangkai cili kering - dikisar
  • sedikit air
  • sedikit serbuk kunyit
  • garam secukup rasa


Cara memasak
  1. Perapkan ayam bersama bawang putih, halia, garam, serbuk kunyit dan rempah kari selama 30 minit.
  2. Ketuk-ketukkan ayam sebelum digoreng untuk mengasingkan bahan perapan. Simpan bahan perapan tersebut. Goreng ayam sehingga garing dan ketepikan.
  3. Panaskan minyak dan goreng bahan perapan bersama cili kering yang telah dikisar hingga naik minyak
  4. Masukkan sos tomato, madu, gula merah dan sedikit air. Kacau rata.
  5. Masukkan ayam dan bawang besar. Masak sehingga bawang layu. Kacau sehingga sebati.
  6. Sedia untuk dihidangkan.


Paru Goreng Berlada

Paru goreng berlada


Bahan-bahan
  • 500gm paru lembu - direbus
  • 4 sudu besar cili giling
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 biji bawang besar - dipotong bulat
  • 1 keping asam gelugor
  • sedikit serbuk kunyit
  • garam dan gula secukup rasa

Bahan-bahan kisar
  • 5 biji cili merah
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia

Cara memasak
  1. Paru lembu yang telah direbus, hendaklah dipotong nipis-nipis. Kemudian digaul dengan sedikit garam dan sedikit kunyit serta sos tiram. Perapkan seketika sebelum digoreng sehingga masak. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan-bahan kisar. Kacau dan biarkan hingga garing dan berbau wangi.
  3. Kemudian masukkan garam, gula, bawang besar dan asam keping. Jika agak kering, tambahkan sedikit air.
  4. Masak hingga bawang layu.
  5. Akhir sekali, masukkan paru yang telah digoreng tadi dan digaul sehingga rata.
  6. Sedia untuk dihidangkan.

Makaroni Masam Manis

Photobucket

Bahan-bahan
  • 200gm makaroni - direbus hingga lembut
  • 1 tin cendawan butang - dibelah dua
  • 1 biji cili merah - dipotong halus
  • 1 biji cili hijau - dipotong halus
  • 100gm isi ayam - dipotong kecil-kecil
  • 2 biji telur
  • 5 sudu besar sos tomato
  • 5 sudu besar sos cili
  • garam secukup rasa
  • sedikit lada sulah


Bahan-bahan kisar
  • 1 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 biji tomato


Cara memasak
  1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar hingga berbau wangi.
  2. Masukkan isi ayam diikuti dengan sos tomato dan sos cili. Biarkan hingga mendidih.
  3. Masukkan cendawan, cili hijau dan cili merah.
  4. Pecahkan telur dan kacau sehingga rata.
  5. Tambahkan lada sulah dan garam secukup rasa.
  6. Akhir sekali masukkan makaroni dan kacau lagi sehingga rata.
  7. Sedia untuk dihidangkan

Ikan Bawal Percik

Photobucket

Bahan-bahan
  • 1 ekor ikan bawal - dipanggang
  • 1/2 cawan santan
  • 1 biji limau nipis - diperah ambil jusnya
  • 2 batang serai - di ketuk
  • garam secukup rasa
  • gula secukup rasa

Bahan-bahan kisar
  • 10 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1/2 kunyit hidup
  • 5 tangkai cili padi
  • 8 tangkai cili merah

Cara memasak
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bahan-bahan kisar. Masukkan sekali serai yang diketuk. Kacau dan biarkan sehingga berbau wangi dan pecah minyak.
  2. Masukkan santan. Biarkan mendidih dan kuah menjadi pekat.
  3. Tambahkan jus limau nipis, garam dan gula secukupnya
  4. Letakkan ikan yang telah dipanggang ke dalam pinggan dan tuangkan sos percik ke atasnya.
  5. Sedia untuk dimakan.