If you think well, you cook well...

Kek Marmar





Bahan 1 - dicampur dan diayak sekali
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh soda bicarbonate

Bahan 2 - dicampur dan dipukul hingga kembang
  • 1 cawan mentega
  • 1 cawan gula

Bahan 3 - dicampur dan dipukul hingga putih
  • 4 biji telur (big size)
  • 1 sudu teh ovalette

Bahan 4
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 2 sudu besar serbuk koko

Cara membuat
  1. Tambahkan bahan 3 ke dalam bahan 2.  Masukkan esen vanilla. Pukul hingga rata.
  2. Apabila telah rata, masukkan bahan 1 dan pukul lagi hingga rata.
  3. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. 
  4. Tambahkan serbuk koko kepada satu bahagian dan kacau rata-rata.
  5. Satu bahagian lagi, dibiarkan kepada warna asal.
  6. Sapukan loyang dengan sedikit mentega. Masukkan adunan secara berselang seli hingga habis
  7. Bakar pada suhu 180^C selama 50 minit atau sehingga kek masak.
Share:

No comments: