If you think well, you cook well...

Agar-agar Cendol



Bahan-bahan
  • 1 bungkus agar-agar (lebihkurang 20gm)
  • 1 cawan susu cair
  • 5 cawan air
  • 1 cawan cendol
  • 3/4 cawan gula putih
  • 3/4 cawan gula merah

Cara memasak
  1. Masak agar-agar bersama 5 cawan air hingga agar-agar larut dan mendidih.
  2. Bahagikan agar-agar kepada 3 bahagian.
  3. Kepada 1 bahagian dimasukkan gula merah dan dimasak hingga gula hancur. 
  4. Tapiskan, masukkan ke dalam acuan dan biarkan beku sedikit.
  5. Kepada 2 bahagian lagi, masukkan gula putih dan dimasak hingga gula hancur.
  6. Tapiskan. Tambahkan susu cair dan cendol. Biarkan mendidih.
  7. Tuangkan agar-agar campuran cendol ini ke atas lapisan agar-agar gula merah yang separa beku dengan perlahan supaya tidak bercampur. Sejukkan di dalam peti sejuk sebelum dikeluarkan dari acuan.
Note: Resepi ni kawan yang bagi. Tak tahu pulak dia dapat resepi ni dari mana. Saya ubah sikit daripada resepi asal mengikut citarasa saya sendiri.



    Share:

    2 comments:

    geraugebang said...

    Kalau belum jadi puding pun sodap.

    achmad edi goenawan said...

    Pagi-pagi kesini lihat agar-agar cendol....bikin pingin aja...! Ambil ah ....mumpung yang punya pergi! Pasti enak! nyam nyam nyam .... anaknya siapa itu yang diatas!?