If you think well, you cook well...

Udang Masam Manis

Mula-mula plan nak masak Udang Galah Bercili - resepi dari blog Cikgu Hazlin (tengok gambar masakan tu memang mengancam) tapi cari udang galah di pasar, tak jumpa pulak. Saya dah janji dengan anak-anak nak masak udang jadi terpaksalah ubah menu. Beli udang biasa dan masak masam manis. Ada beberapa bahan yang saya ubah dari resepi Udang Galah Bercili Cikgu Hazlin. Inilah hasilnya.



Bahan-bahan
  • 500gm udang (saiz sederhana)
  • 5 ulas bawang merah - dihiris halus
  • 3 biji bawang putih - dihiris halus
  • 3 sudu besar cili kisar
  • 1 biji limau nipis - perah dan ambil jusnya
  • daun bawang - dihiris memanjang
  • kobis bunga - dihiris kecil
  • gula
  • garam

Cara memasak
  1. Udang dibersihkan, dilumur garam kunyit dan di goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga kekuningan dan berbau wangi.
  3. Masukkan cili kisar dan kacau hingga naik minyak.
  4. Kemudian masukkan udang, kobis bunga dan kacau hingga sebati.
  5. Perahkan jus limau nipis ke dalam masakan dan kacau lagi.
  6. Tambah garam dan gula secukup rasa.
  7. Akhir sekali masukkan daun bawang dan tutup api.
Share:

No comments: