If you think well, you cook well...

Sambal Goreng Paru



Bahan 1
  • 1kg paru direbus dengan sedikit halia, dg garam sehingga ¾ empuk. Sejukkan, toskan dan dipotong dadu. Kemudian digoreng dan ketepikan.
  • 1 biji bawang besar - dihiris
  • 2 helai daun salam
  • 2 helai daun limau purut
  • 2 cawan santan dari 1 biji kelapa parut
  • ½ cawan bawang goreng
  • Minyak untuk menumis
  • Garam dan gula secukup rasa

Bahan 2 - dikisar

  • 30 biji lada kering
  • 10 biji gajus, direndam
  • 2 cm belacan

Bahan 3 - dihiris dan digoreng hingga layu
  • 15 biji lada merah
  • 15 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 batang serai
  • Sedikit lengkuas

Cara memasak
  1. Panaskan minyak  dan tumis bawang besar.
  2. Tumis bawang besar sehingga kuning.
  3. Masukkan bahan kisar dan kacau hingga naik baunya
  4. Bila naik aromanya, masukkan santan, daun limau purut dan daun salam. Biarkan sehingga mendidih.
  5. Setelah itu masukkan paru, bahan-bahan hiris yang digoreng layu, garam dan gula. Gaul sampai rata.
  6. Biarkan ia mendidih sehingga semua bahannya masak, kuahnya pekat dan rasanya lazat.
  7. Akhir sekali tabur bawang goreng.

*** Jika suka boleh tambah tempe dan tauhu keping yang telah digoreng terlebih dahulu. Juga boleh tambah lobak merah dan kacang panjang yang dipotong memanjang.
***Resepi ini saya dapat daripada seorang kawan yang berasal dari Singapura. Terimakasih!



Share:

2 comments:

ain said...

tiba2 teringat yg saya ada beli readymade sambal paru sebelum puasa kelmarin. lama dh dok dlm freezer tu. adussss!!!!

geraugebang said...

Sambal paru memang best. Kalau kita, kita ratah jeer.