If you think well, you cook well...

Puding Roti Marble

Anak perempuan saya telah beberapa hari asyik bertanya,"Mummy, when are you going to make that pudding?" Hari itu, waktu saya menjelajah blog Kamsiah, dia sudah ternampak 'puding roti marble' dan resepinya. Maka sejak itulah dia asyik bertanya hingga tidak senang duduk saya dibuatnya. Jadi hari ini, untuk memuaskan hatinya, saya cuba buat puding roti marble dengan syarat dia membantu saya di dapur. Benda yang dia nak makan, memang dia akan sanggup menolong...hehehe.. Original resepi boleh dicari di blog Kamsiah. Saya telah modify sedikit sebanyak mengikut citarasa saya sendiri. So hasilnya adalah seperti ini...



Bahan-bahannya
  • 1 bungkus agar-agar (lebihkurang 35 gm)
  • 5 cawan air
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan gula
  • 5 keping roti
  • 2 biji telur
  • 2 sudu besar serbuk koko - dibancuh dengan sedikit air panas

Cara memasak
  1. Agar-agar direbus hingga hancur dengan 5 cawan air. Setelah hancur tapiskan.
  2. Susu cair, roti, gula dan telur dikisar sekali hingga sebati.
  3. Masukkan bahan yang dikisar tadi ke dalam agar-agar dan biarkan mendidih sekejap.
  4. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian dimasukkan adunan koko dan dikacau rata. Satu bahagian lagi dibiarkan dengan warna asal.
  5. Sediakan loyang. Masukkan adunan berselang seli hingga habis. Sejukkan di dalam peti sejuk.
  6. Setelah puding beku, bolehlah dikeluarkan dari acuan.
Share:

6 comments:

Kamsiah said...

cantik coraknya...kena cuba beberapa kali baru betul2 menjadi,kan..saya pun masih tak paus ati lg..yalaha kali pertama cuba..

ain said...

dah 2 3 kali buat puding marble ni!! mmg sedap!!

kakchik said...

macam senang je ni yang teringin nak buat ni. mesti nak cuba ni.

Anonymous said...

Hari Sabtu lepas..7/11/2009. Lan ada buat puding buah-buahan. Macam2 perasa ada...manggo,apple,milo,mocha,nescaffee..
Lan pi jual pada "Hari Kantin" di sekolah anak Lan.
Lepas ni nak try buat puding roti plak.
Guna roti apa tu? Roti potong Gardenia tu ka?

Tirana said...

Guna roti sandwich tu..brand apa pun boleh..tapi maksu buat baru ni guna roti putih gardenia tu la..

Vee Violet said...

Nyam nyamm... sedapnye... nanti buatkan untuk Vee pulak... =)

Kak Tirana, thanks tau for the birthday wishes...
^^