Puding Kastad Berlapis







Bahan-bahan
  • 25gm agar-agar
  • 4 cawan air
  • 1 cawan gula
  • 100gm mentega
  • 4 biji telur - ambil merahnya sahaja
  • 1 tin (400gm) susu cair
  • 3 sudu besar tepung kastad - dibancuh dengan sedikit air
  • pewarna merah, hijau dan koko

Cara memasak
  1. Basuh agar-agar dan masak dengan 4 cawan air hingga hancur.
  2. Bila agar-agar telah hancur, masukkan gula.
  3. Pukul mentega hingga kembang. Masukkan telur dan pukul hingga sebati.
  4. Masukkan susu cair dan campuran tepung kastad. Kacau hingga sebati.
  5. Masukkan campuran ini ke dalam agar-agar yang telah mendidih. Kacau rata.
  6. Bahagikan adunan agar-agar kepada 4 bahagian - 3 bahagian dibubuh warna yang berlainan iaitu merah, hijau dan koko sementara 1 bahagian lagi dibiar dengan warna asal.
  7. Sediakan loyang, masukkan separuh adunan yang berwarna asal. Tunggu sehingga lapisan itu beku, baru masukkan bahagian yang berwarna hijau. Ulang proses dengan bahagian yang berwarna merah dan koko. Lapisan atas sekali, letakkan bahagian warna asal yang berlebihan tadi.
  8. Sejukkan di dalam peti sejuk kemudian bolehlah keluarkan dari acuan.

4 comments:

Suzi said...

nampak sedaplah tirana...anak2 pasti teruja nak makan sbb warnanya tu...dan sememangnya anak2 sy suka kuih2 cam ni...

ain said...

cantik!! dn semestinya sedap. rajin2 nanti boleh ler cuba.

jane said...

waaaaaaaaa....mcm sedap jer...dah la kau suke puding

muahhahah

terliur tetibe...

Yokoyopoyo said...

Salam, thanks for sharing the recipe. Hehe saya dah cuba dan sukses, sedap. Semua orang suka. Cuma saya buat tak cantek je. Kekeke.