If you think well, you cook well...

Nasi Pilaf Daging Jamaica



Bahan-bahan
  • 2 cawan beras basmati
  • 1 cawan santan (saya guna susu)
  • 1 cawan air rebusan ayam (saya guna air biasa)
  • 1/4 cawan mentega (saya guna minyak biasa)
  • 300 gm daging lembu - dihiris nipis-nipis
  • 3 sudu besar serbuk rempah kari daging
  • 3 sudu besar kismis hitam (saya guna golden kismis)
  • 3 tangkai cili hijau - dihiris halus-halus
  • 3 biji tomato - dibuang biji dan didadu
  • 2 sudu besar hirisan daun ketumbar (saya tak guna sbb terlupa nak beli)
  • garam secukup rasa

Bahan tumis
  • 3 ulas bawang merah - dikupas dan dicincang halus
  • 3 ulas bawang putih - dikupas dan dicincang halus
  • 1 cm halia - dikupas dan dicincang halus
  • 1 cm kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga cengkih

Cara memasak
  1. Panaskan mentega dalam periuk besar, tumis bahan-bahan tumis hingga perang dan naik baunya.
  2. Masukkan rempah kari daging dan kacau. Tambah daging dan kismis hitam.
  3. Campurkan cili hijau dan tomato. Perasakan dengan garam
  4. Masukkan beras dan kacau rata-rata sebelum ditambah dengan santan dan air rebusan ayam.
  5. Campur daun ketumbar dan masak sehingga cecair terserap. Kecilkan api, tutup periuk dan tanak nasi selama 7 minit lagi.

*** Resepi dari buku resepi Chef Wan. Saya modify resepi ni ikut citarasa saya. Rasanya memang superb!
Share:

2 comments:

ain said...

lama dh plan nk buat ns pilaf ni. bila tanya anak2 nak tak mkn ns pilaf. they all jawab..tak nakkkkkkk! alahai!!!

Admin www.morhabshi.com said...

salam ziarah sambil memperkenalkan blog kami berkenaan petua & ramuan herba

Terima kasih.