If you think well, you cook well...

Ikan Kukus Tomato



Bahan-bahan
  • 1 ekor ikan kerapu (atau ikan siakap)
  • 1 biji tomato (dihiris bulat)
  • 1 batang lobak merah (dihiris bulat)
  • 2 biji lada merah (dihiris halus)
  • 1/2 inci halia (dihiris halus)
  • 3 sudu  besar minyak bijan (minyak biasa pun boleh)
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu teh madu
  • garam secukup rasa
  • sedikit  daun ketumbar

Cara memasak
  1. Campurkan bersama  minyak bijan, sos tiram, kicap cair, madu dan garam.
  2. Letakkan ikan di dalam bekas/loyang.
  3. Lobak merah, lada merah, buah tomato, halia muda , dan daun ketumbar ditaburkan di atas dan di sekeliling ikan.
  4. Tuangkan campuran dari no. 1 ke atas ikan.
  5. Kukus ikan selama 20 minit.

Share:

1 comment:

ain said...

lamanya tak mengukus ikan. Mcm teringin pulak. Senang2 nanti boleh try resipi kak Tirana ni lah.