If you think well, you cook well...

Daging Bumbu Bali



Bahan-bahan
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 1/2 cawan santan pekat
  • 500 gm daging lembu - dipotong-potong
  • 3 helai daun limau purut
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 3 biji tomato - dibelah empat
  • garam secukup rasa

Bahan-bahan dikisar halus
  • 5 biji buah keras
  • 8 tangkai cili merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 cm halia
  • 1 sudu teh kunyit serbuk

Cara memasak
  1. Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar sehingga wangi. 
  2. Masukkan daging, santan dan daun limau purut. Renihkan sehingga kuahnya pekat.
  3. Tambah kicap dan garam
  4. Masukkan tomato dan masak lagi 5 minit.

*** Resepi dari buku resepi Chef Wan.




Share:

1 comment:

ain said...

tak le susah sgt nk msk bali ni ek. ada org citer ngan sy leceh masakan ni. tang mana yg leceh..tak tau la.