If you think well, you cook well...

Sambal Goreng Ayam



Bahan-bahan
  • 12 keping ayam
  • 1 sudu besar kunyit serbuk
  • 1 sudu teh garam
  • minyak masak
  • 2 tangkai daun kari
  • 1/4 cawan air asam diperah dari 1 sudu besar asam jawa
  • 1/4 cawan air
  • 3 biji kentang, dikupas, dipotong baji dan digoreng
  • 2 biji tomato
  • garam 
  • gula

Bahan-bahan kisar
  • 20 tangkai cili kering
  • 1 1/2 sudu besar ketumbar biji
  • 1 sudu besar jintan manis
  • 1 sudu besar jintan putih
  • 1 cm halia
  • 4 ulas bawang putih
  • 8 ulas bawang merah

Cara memasak
  1. Gaul ayam dengan kunyit dan garam
  2. Panaskan minyak dan goreng ayam tapi jangan biarkan garing. Angkat dan tuskan.
  3. Tinggalkan 3 sudu besar minyak masak di dalam kuali dan tumiskan bahan kisar bersama daun kari sehingga naik baunya.
  4. Masukkan ayam goreng, air asam dan air. Masak sehingga kuah pekat. Kemudian masukkan ubi kentang dan tomato. Perasakan dengan garam dan gula dan kacau selama 3 minit.


***Resepi dari buku 'sedapnyaa' oleh Chef Wan.
Share:

No comments: