Nasi Hujan Panas




Bahan-bahan
  • 1/4 cawan minyak sapi
  • 1/4 cawan majerin
  • 1cm kulit kayu manis
  • 6 kuntum bunga cengkih
  • 4 biji buah pelaga
  • 1 biji bawang besar - dikupas dan dihiris
  • 2 ulas bawang putih - dikupas dan dihiris
  • 2 cm halia - dikupas dan dihiris
  • 2 sudu besar serbuk kari daging
  • 500 gm isi ayam - dipotong kecil-kecil
  • 5 cawan air
  • 2 sudu besar sos tomato dalam tin
  • 1/2 cawan bawang goreng
  • 5 cawan beras basmati
  • 1 cawan susu sejat
  • garam
  • sedikit pewarna merah, kuning dan hijau

Untuk hiasan - optional
  • sedikit bawang goreng
  • 1/2 cawan gajus - digoreng dengan sedikit minyak hingga garing

Cara memasak
  1. Panaskan minyak sapi dan majerin di dalam periuk. Tumis kulit kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga, bawang besar, bawang putih dan halia sehingga wangi.
  2. Masukkan rempah kari daging dan ayam. Kacau rata-rata.
  3. Campurkan air, sos tomato dan bawang goreng. Didihkan sebelum menambah beras dan susu sejat. Perisakan dengan garam. Tutup periuk dan masak sehingga nasi tanak.
  4. Renjis dengan sedikit pewarna makanan dan kacau rata-rata.
  5. Hiaskan nasi dengan bawang goreng dan gajus sejurus sebelum menghidangnya.

***Resepi dari buku 'sedapnyaa' oleh Chef Wan

2 comments:

geraugebang said...

salam kenal dari gerau. sedapnya nasi tu walaupun sekarang ni hari-hari hujan lebat bukan hujan panas.

atie said...

Salam Kak Tirana...

Pandai memasak gak aka nie ye.... boleh lah ambil resepi kat sini cuba sekali sekala...