Tuesday, October 6, 2009

Nasi Ayam Chef Wan

Photobucket


Bahan-bahan untuk nasi

  • 1/2 cawan majerin
  • 2 biji bawang besar- dikupas dan dicincang
  • 2 cm halia muda - dikupas dan dicincang halus
  • 3 ulas bawang putih - dikupas dan dicincang halus
  • 1cm kulit kayu manis
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 2 helai daun pandan - disiat-siat dan disimpul
  • 4 cawan beras basmati - dicuci dan ditoskan
  • 51/2 cawan air rebusan ayam
  • garam secukup rasa.

Bahan-bahan untuk ayam
  • 1 ekor ayam yang beratnya 1.5kg - dicuci dan dibelah dua
  • garam secukup rasa
  • lada hitam yang baru dikisar
  • 2cm halia - dikupas dan ditumbuk halus
  • 2ulas bawang putih - dikupas dan ditumbuk halus
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 3 sudu besar majerin

Cara masak nasi
  • Cairkan majerin dalam periuk panas dan tumiskan bawang besar, halia, bawang putih, kulit kayu manis, bunga cengkih dan daun pandan hingga naik baunya.
  • Masukkan beras dan goreng sebentar. Tambahkan air rebusan ayam dan perisakan dengan garam secukupnya. Masak sehingga cecair terserap dan kecilkan api.
  • Tutup periuk dan masak selama 10 minit sehingga nasi masak.


Cara masak ayam

  • Lumur ayam dengan garam, lada hitam, halia, bawang putih dan kicap. Lumurkan pula dengan majerin. Letakkan ayam di dalam dulang pembakar.
  • Bakar ayam di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 180^C selama 30 - 40 minit sehingga masak.
  • Potong ayam kecil-kecil dan hidangkan dengan nasi.


***Resepi dari Chef Wan. Sos pedas dan sos kicap tidak disertakan resepinya. Mungkin sama dengan sos nasi ayam biasa. Aroma nasi ayam Chef Wan ni memang best dan rasanya pun memang sedap.

1 comments:

pija5120 said...

dah try... mmg sedap!