If you think well, you cook well...

Ikan Kukus Berempah

Photobucket


Bahan-bahan

  • 1 tangkai daun bawang (dihiris panjang-panjang lebihkurang 1 inci)
  • 1 ekor ikan siakap (berat lebihkurang 600gm- dicuci bersih-bersih)
  • 1 biji limau nipis (dihiris nipis-nipis)
  • 1 biji timun (dihiris bulat-bulat)


Bahan-bahan A
  • 20 tangkai cili padi - dikisar halus (boleh kurangkan kuantitinya jika tidak mahu terlampau pedas)
  • 1 kuntum bunga kantan - dihiris halus-halus
  • 3 batang serai - dihiris halus-halus
  • 3 helai daun limau purut


Bahan-bahan B - dibancuh sekali
  • 3 sudu besar minyak masak
  • 3 sudu besar jus limau nipis
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 1 susu besar gula
  • garam secukup rasa

Cara memasak
  • Atur daun bawang di atas pinggan yang tahan panas. Letakkan ikan di atasnya.
  • Campur rata-rata bahan-bahan A dan bahan-bahan B dan tuangkan ke atas ikan.
  • Kukus ikan di atas air menggelegak selama 5 minit.
  • Hias dengan limau nipis yang telah dihiris nipis dan timun yang dihiris bulat.


***Resepi asal dari buku resepi Chef Wan "sedapnyaaa.." tapi saya tidak letak beberapa bahan seperti timun yang dipotong bulat sebagai hiasan, bunga kantan dan daun limau purut sebab bahan-bahan ini terlupa nak beli. Walaubagaimana pun rasanya tetap sedap. Suami saya siap minta resepi ini disalin dan dimasukkan ke dalam blog untuk rujukan di masa depan.



Share:

No comments: