Ikan Celup Tepung

Bahan-bahannya
  • 4 keping filet ikan kurau
  • garam
  • lada hitam 


Bahan-bahan untuk batter
  • 15gm yis segar (instant yis pun boleh)
  • 1 1/4 cawan air  dicampur dengan jus limau nipis dari perahan 1 - 2 biji limau nipis
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh garam
  • 1/2 sudu teha lada putih serbuk


Cara buat batter
  1. Bancuh yis dengan sedikit campuran air dan jus limau nipis. Kacau rata-rata. Tambah sedikit demi sedikit air sehingga habis.
  2. Ayak tepung, garam dan lada putih ke dalam mangkuk dan buat lubang di tengahnya.
  3. Masukkan adunan yis dan pukul perlahan-lahan sehingga tidak bergentel
  4. Tutup mangkuk dan biarkan pada suhu bilik selama 1 jam.


Cara memasak
  1. Lumurkan filet ikan dengan garam dan lada hitam
  2. Panaskan minyak dalam kuali. Celupkan ikan dalam batter dan goreng hingga garing.
  3. Angkat dan toskan.
  4. Boleh hidangkan dengan kentang goreng, coseslaw, dan sos tartar atau sos tomato.


***Memang sedap dan rangup. Maaf tak sempat nak ambil gambar masakan!

0 comments: