Emping Pedas

Photobucket


Bahan-bahan
  • 500gm emping - digoreng tanpa minyak
  • 300gm udang kering - digoreng tanpa minyak
  • 100 gm cili kering - dipotong halus dan digoreng tanpa minyak
  • 200 gm bawang goreng
  • sedikit minyak sapi


Cara memasak
  • Panaskan minyak sapi di dalam kuali.
  • Masukkan emping, udang kering, cili kering dan bawang goreng. Kacau rata-rata.
  • Sejukkan sebelum dimasukkan ke dalam bekas kedap udara untuk disimpan.


***Resepi dari arwah ibu mertua saya. Emping pedas ini menjadi makanan kegemaran suami saya (his favourite snack!)

2 comments:

QueenJah said...

salam tuan rumah..
kat mana nak cari emping?

Tirana said...

Bagi yang tinggal di Kedah, boleh cari emping ini di Pekan Rabu. Di negeri2 lain saya kurang arif la pulak kat mana nak cari emping ini.