Daging Samak




Bahan-bahan
  • 400gm daging lembu -  dipotong dadu
  • 1 sudu teh jintan manis serbuk
  • 1 sudu teh ketumbar serbuk
  • 1/2 sudu teh lada hitam serbuk
  • 3 sudu besar minyak sapi
  • 3cm kulit kayu manis
  • 4 biji buah pelaga
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 1cm halia muda - dikupas dan ditumbuk lumat
  • 4 ulas bawang putih dikupas dan ditumbuk lumat
  • 2 sudu besar cili serbuk
  • 1 sudu besar tomato puri
  • 3 biji tomato dihiris
  • 1 cawan air
  • 2 biji ubi kentang - dikupas dan digoreng hingga kekuningan
  • 3 sudu besar hirisan daun ketumbar
  • garam
  • gula
  • 1/2 cawan yogurt.

Cara memasak
  1. Gaul rata daging dengan jintan manis, ketumbar dan lada hitam. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak sapi di dalam periuk dan tumis kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang, halia, bawang putih serta cili serbuk dan tomato puri. Masukkan daging yang diperap dan goreng selama 1 minit.
  3. Tambah tomato dan air. Renihkan sehingga daging empuk.
  4. Masukkan ubi kentang, daun ketumbar, garam, gula dan yogurt. Renihkan selama 5 minit lagi.


*** Resepi dari buku 'sedapnyaa' oleh Chef Wan



4 comments:

ain said...

kenapa panggil daging samak ek kak?

siti ajar bt yaakob said...

sedapnya...dulu pernah makan semasa menumpang mak cik endon waktu anak ambik STPM. memang enak...nanti nak cuba masak...Tq.

Tirana said...

Ain, kak tirana tak tahu la pulak kenapa dipanggil daging samak..tapi rasanya memang sedap.

Tirana said...

Siti Ajar,

Cuba jangan tak cuba..hehehe