If you think well, you cook well...

Ayam Vietnam




Bahan-bahan
  • 600gm dada ayam - dihiris nipis-nipis memanjang
  • 1/4 cawan minyak sayuran
  • 3 batang serai - dihiris halus
  • garam
  • gula
  • air perahan daripada 1 biji limau nipis

Bahan pemerap - dikisar halus
  • 1 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1cm halia
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 1 sudu teh lada putih serbuk

Bahan-bahan kisar
  • 10 tangkai cili merah
  • 1 sudu besar belacan
  • 2 batang serai
  • 1cm halia
  • 4 ulas bawang putih

Cara memasak
  1. Gaul ayam dengan bahan pemerap dan biarkan di dalam peti sejuk selama sekurang-kurangnya 2 jam.
  2. Panaskan minyak sayuran dan tumis serai selama beberapa minit. Masukkan bahan kisar dan goreng sehingga naik baunya
  3. Campur ayam yang diperap dan kacau sehingga masak. Perasakan dengan garam, gula dan air limau nipis.

***Resepi dari buku 'sedapnyaa' oleh Chef Wan
Share:

No comments: