If you think well, you cook well...

Ayam Panggang Maghribi


 Terlebih panggang sampai hitam..hehehe. Apa-apapun ayam ni memang sedap!


Bahan-bahan
  • 1 ekor ayam, dipotong dua (potong 4 pun boleh)
  • garam

Bahan rempah (dikisar halus-halus)
  • 3 tangkai cili merah
  • 1 sudu cili serbuk
  • 1 sudu besar paprika
  • 1 sudu teh kunyit serbuk
  • 1 sudu teh jintan putih serbuk
  • 1 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1/2 cawan hirisan daun ketumbar
  • 1/4 cawan minyak zaitun
  • air perahan daripada 1/2 biji limau nipis

Bahan hiasan (optional)
  • daun salad
  • timun, dihiris
  • ubi kentang, direbus, dikupas dan dihiris
  • lemon, dipotong baji
  • daun pudina
  • tomato

Cara memasak
  1. Lumur garam dan rempah pada permukaan ayam dan juga di bahagian bawah kulitnya. Perap ayam selama 3 - 4 jam di dalam peti sejuk.
  2. Keluarkan ayam dari peti sejuk dan biarkan kembali ke suhu bilik.
  3. Bakar ayam di dalam ketuhar yang sudah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180^C selama 45 minit, dengan membalik-balikkannya setiap 20 minit.
  4. Sajikan ayam bersama daun salad, timun, tomato, kentang, lemon dan daun pudina.


*** Resepi dari buku "Sedapnyaa" oleh Chef Wan
Share:

2 comments:

ain said...

yesss!!!! sy nak try nanti!!!

Tirana said...

hahaha...Ain kalau try jangan biar sampai hitam macam kak tirana punya ayam bakar tu ye..