If you think well, you cook well...

Ayam Kashmir






Bahan-bahan
  • 1 ekor ayam
  • 1/2 cawan yogurt
  • 2 sudu besar tomato puri
  • 1/2 cawan mentega
  • 2 biji bawang besar - didadu kecil-kecil
  • 2 biji bawang putih - ditumbuk lumat
  • 1 cm halia - ditumbuk lumat
  • 4 biji buah pelaga
  • 3 biji kentang - dikupas dan dipotong dadu
  • 1/4 cawan air
  • 1/2 cawan krim putar
  • segenggam daun ketumbar - dihiris halus
  • 2 tangkai cili hijau - dihiris halus


Bahan rempah
  • 2 sudu teh garam masala
  • 2 sudu teh ketumbar serbuk
  • 1 sudu besar jintan manis serbuk
  • 1 sudu besar jintan putih serbuk


Cara memasak

  1. Gaul rata-rata ayam, bahan rempah, yogurt dan tomato puri. Perap selama 30 minit.
  2. Panaskan mentega dan tumis bawang besar, bawang putih, halia dan buah pelaga sehingga kekuningan.
  3. Masukkan ayam dan dan kacau. Biarkan sehingga ayam kecut sedikit.
  4. Tambah ubi kentang dan air dan renihkan sehingga ayam empuk.
  5. Masukkan krim putar, kacau dan campurkan daun ketumbar serta cili hijau. Perasakan dengan garam sebelum api ditutup.


***Resepi dari buku resepi Chef Wan (sedapnyaaa..)
Share:

2 comments:

ain said...

nampak gambar pun dh boleh rasa kesdapan ayam kashmir ni!!

Tirana said...

Ayam kashmir ni pun sedap sesuai utk orang yang tak makan pedas.