Ayam Goreng Jawa





Bahan-bahan
  • 1 ekor ayam
  • 1 1/2 cawan santan
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 1 batang serai - dihiris halus
  • garam
  • minyak

Bahan-bahan kisar
  • 4 tangkai cili merah
  • 2 sudu teh ketumbar biji
  • 2 biji buah keras
  • 12 ulas bawang merah
  • 2 1/2 cm lengkuas
  • 2 1/2 cm kunyit hidup
  • 2 sudu teh gula perang

Cara memasak
  1. Campurkan ayam dengan bahan kisar, serai, santan dan air asam. Kacau rata-rata.
  2. Renihkan di atas api yang sederhana sehingga ayam empuk dan kuahnya pekat.
  3. Asingkan ayam dari kuahnya.
  4. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga kuning keemasan.
  5. Angkat dan tuskan.
  6. Hidangkan ayam goreng dengan kuah yang selebihnya.

***Resepi dari buku masak Chef Wan (sedapnyaaa..)

0 comments: