Wednesday, April 15, 2009

Ayam Masak Hitam

Ayam Masak Hitam

Bahan-bahannya
  • 1/2 ekor ayam - dipotong kecil, dibersih dan ditoskan.
  • 8 ulas bawang merah - dihiris halus
  • 3 ulas bawang putih - dihiris halus
  • 3 sudu makan cili giling
  • 5 sudu makan kicap manis
  • kunyit secukupnya
  • garam secukupnya


Bahan kisar
  • 1 biji bawang besar
  • 2 batang serai


Cara memasak

  1. Ayam dilumurkan dengan garam dan kunyit kemudian digoreng hingga masak. Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan goreng bawang merah dan bawang putih yang telah dihiris halus tadi. Goreng sehingga keperangan.
  3. Masukkan bawang besar dan serai yang telah dikisar.
  4. Kacau hingga naik bau.
  5. Masukkan cili giling dan masak hingga naik minyak.
  6. Masukkan kicap dan kacau lagi. Jika agak kering, bolehlah dimasukkan sedikit air.
  7. Akhir sekali masukkan ayam dan kacau rata. Rasa garamnya sebelum diangkat.

***Sedap dimakan panas-panas dengan nasi putih atau nasi berperisa.

6 comments:

joegrimjow said...

sama je kan dengan ayam masak kicap?

ain said...

hmmm..mesti harum baunya sebab ada serai.

Tirana said...

Joegrimjow...

Rupa lebihkurang sama tapi rasanya lain. Masak kicap tak letak cili dan serai tapi masak hitam ni letak cili dan serai..Itu yang buat rasa dia lain sikit..

Tirana said...

Ain..

Ha'a Ain..bau dia harum semerbak..hehehe..

eizz said...

tok su,,kt egypt sush nk cr serai,,so nk gnti ngn ape??

Tirana said...

Izzatie..kalau tak letak serai, jadi masak kicap biasa..hehehe..sedap jugak tu. Serai tak boleh diganti dengan benda lain..