If you think well, you cook well...

Kek Pelangi

Kek Pelangi

Bahan-bahan
  • 250gm mentega
  • 2 sudu teh esen vanila
  • 1 1/2 cawan gula kastor
  • 4 biji telur
  • 4 cawan tepung naik sendiri - diayak
  • 1 cawan susu
  • sedikit pewarna mengikut kesukaan - saya guna warna hijau, merah dan koko
  • secubit garam

Cara memasak
  1. Panaskan oven pada suhu 170^C
  2. Sapukan loyang pembakar yang bergaris pusat 8 inci dengan sedikit mentega. Ketepikan.
  3. Pukul mentega dan vanila hingga putih, tambah gula dan pukul lagi sehingga kembang dan ringan.
  4. Masukkan telur satu demi satu dan pukul rata setiap kali telur ditambah.
  5. Masukkan tepung berselang seli dengan susu.
  6. Setelah sebati semuanya, bahagikan adunan kepada beberapa bahagian mengikut pewarna yang dipilih (saya bahagi kepada empat bahagian untuk warna hijau, merah, koko dan warna original adunan)
  7. Tambahkan pewarna kepada setiap adunan dan kacau rata-rata.
  8. Masukkan adunan berselang-seli ke dalam loyang pembakar.
  9. Bakar pada suhu 170^C selama lebih kurang 50 minit.
  10. Biarkan kek sejuk sebelum dikeluarkan dari loyang.
Share:

4 comments:

~PakKaramu~ said...

Kalau berdo'a jangan minta banyak-banyak

genial said...

it's so yummy... tfs :)

noorlara said...

salam kenal
wah ni yg lemah tengok makanan, bertambah gemukle hakak adik ooi

Anonymous said...

Hi,

Aritu try wat kek ni..tp tgh2 wat tu tetibe konpius..susu tu nak pakai susu tepung ke susu kotak ke susu apa?Saya pun bantai je guna susu tepung bancuh dgn air skit..hasilnya kek menjadi roti kek or biskut kek (keras kebatun) hehehe!