Thursday, January 22, 2009

Paru Goreng Berlada

Paru goreng berlada


Bahan-bahan
  • 500gm paru lembu - direbus
  • 4 sudu besar cili giling
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 biji bawang besar - dipotong bulat
  • 1 keping asam gelugor
  • sedikit serbuk kunyit
  • garam dan gula secukup rasa

Bahan-bahan kisar
  • 5 biji cili merah
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia

Cara memasak
  1. Paru lembu yang telah direbus, hendaklah dipotong nipis-nipis. Kemudian digaul dengan sedikit garam dan sedikit kunyit serta sos tiram. Perapkan seketika sebelum digoreng sehingga masak. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan-bahan kisar. Kacau dan biarkan hingga garing dan berbau wangi.
  3. Kemudian masukkan garam, gula, bawang besar dan asam keping. Jika agak kering, tambahkan sedikit air.
  4. Masak hingga bawang layu.
  5. Akhir sekali, masukkan paru yang telah digoreng tadi dan digaul sehingga rata.
  6. Sedia untuk dihidangkan.

0 comments: